Alhamdulillah dan tahniah kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam kerana telah berjaya memperoleh Audit Bersih pada Surveillance Audit 2 (SV 2) ISO 9001:2015 dari Llyod’s Register Quality Assurance (LRQA). Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku Sekretariat Pengurusan Kualiti Korporat UiTM telah menguruskan Surveillance Audit 2 (SV 2) ISO 9001:2015 yang diadakan pada 10 Januari 2024 (Rabu) secara Hybrid (Fizikal dan Dalam Talian). Sesi audit secara fizikal telah diketuai oleh Auditor Llyod’s Encik Lai Kok Tong. Manakala, bagi sesi audit dalam talian telah menggunakan Aplikasi Zoom Meeting yang diketuai oleh Auditor Llyod’s Cik Lee Yi Yan.

Mesyuarat Pembukaan Audit SV 2 telah dihadiri oleh Naib Canselor UiTM iaitu YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc., PTech., Hon. MIIEM, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UiTM iaitu YBhg. Profesor Datin Dr. Suzana Sulaiman sebagai Wakil Pengurusan serta ahli-ahli Mesyurat Eksekutif Universiti (MEU) dan auditee bagi PTJ yang terlibat.

Skop Audit SV 2 pada kali ini melibatkan elemen pengurusan, kawalan dokumen, pengurusan dan prosedur pembelian, pengurusan mesyuarat dan pengurusan Anugerah Kecemerlangan Naib Canselor UiTM. Kaedah yang digunakan oleh auditor bagi Audit SV 2 adalah melalui sesi temu bual bersama pengurusan tertinggi universiti serta semakan dokumen. Sebanyak 10 Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terlibat dalam sesi audit pada kali ini.

Semoga kejayaan ini dapat dijadikan sebagai pendorong dan semangat untuk terus komited serta mengekalkan ‘Budaya Kerja Berkualiti’ agar lebih banyak kejayaan yang membanggakan dapat dicapai pada masa akan datang. Tahniah!

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721