Soalan Lazim

SISTEM KUALITI

S1:   Apakah itu Self-Review Report (SRR)?

J1:   Self-Review Report (SRR) merupakan penilaian prestasi PTJ berdasarkan institusi atau program dalam memenuhi semua keperluan dalaman dan luaran secara berkala untuk mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan dalam sistem. Hasil Self Review adalah SRR yang menjadi bahan rujukan utama Penilaian Luar (ER).


S2:   
Bagaimanakah pelaporan SRR disediakan?

J2:   Pelaporan SSR MESTI dihasilkan secara berkala setiap tahun berdasarkan garis panduan daripada InQKA dengan menggunakan eSRR. Pengurusan tertinggi MESTI meneliti, membincangkan dan mengambil tindakan bagi masalah yang ditemui.

S3:   Siapakah yang bertanggungjawab untuk menghantar SRR?

J3:   Chief Quality Officer (CQO) iaitu Dekan/Rektor/Ketua Pusat bertanggungjawab penuh untuk menghantar SRR yang telah diluluskan kepada InQKA.

 
S4:   Bagaimanakah SRR hendak dihantar kepada InQKA?

J4:   CQO perlu menghantar e-mel pemakluman penghantaran laporan bersama dengan pautan folder eSRR di Google Drive (GD) yang telah ditetapkan sebagai perkongsian (sharing) dengan pihak SKKO ke qsoe.inqka@uitm.edu.my.

 
S5:   Bilakah pihak PTJ perlu menghantar Self-Review Report (SRR)?

J5:   SRR bagi tahun sebelumnya perlu dihantar ke InQKA selewat-lewatnya pada 31 Mac bagi tahun semasa.

        Contoh:  SRR Fakulti Perakaunan Tahun 2022, tarikh akhir penghantaran adalah pada 31 Mac 2023.

 
S6:   Bilakah Penilaian Luar Integrated Quality Management System (iQMS) akan dijalankan?

J6:   Penilaian Luar iQMS akan dijalankan pada setiap minggu kuliah dan setiap kitaran mengambil masa selama 2 tahun.  Jadual pelaksanaan boleh dirujuk melalui pautan ini https://inqka.uitm.edu.my/index.php/service-english/quality-management-system-and-operational-excellence#schedule

 
S7:   Adakah PTJ boleh menganjurkan Kursus Audit Dalaman dan mendapatkan sijil daripada pihak InQKA?

J7:   Ya, PTJ boleh menganjurkan Kursus Audit Dalaman. Sijil boleh dimohon daripada pihak InQKA dengan menghantar surat rasmi kepada Penolong Naib Canselor InQKA.  Pihak InQKA akan membuat pelantikan penceramah yang terlibat dan menyediakan modul kursus.

 
S8:   Adakah peserta yang tidak lulus dalam ujian Kursus Audit Dalaman layak dilantik sebagai Auditor?

J8:   Peserta yang tidak lulus dalam ujian Kursus Audit Dalaman tidak boleh dilantik sebagai Auditor kerana kursus dan ujian yang diberikan bertujuan untuk menilai tahap kompetensi dan kelayakan peserta untuk menjadi seorang Auditor.

 

KECEMERLANGAN OPERASI

 

S1:   Apakah yang membezakan Kecemerlangan Operasi (OE) dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)?

J1:   OE memberi fokus terhadap penambahbaikan proses kerja manakala KIK memberi fokus terhadap inovasi yang dihasilkan untuk menambahbaik serta meningkatkan kecekapan pengurusan.

 
S2:   Bilakah tarikh akhir penyediaan maklumat OE dalam sistem Online Process Improvement Register (OPIR)?

J2:   Maklumat OE boleh dikemaskini dan dimuat naik ke dalam sistem OPIR selewat-lewatnya pada 31 Disember bagi setiap tahun semasa.

 
S3:   Bilakah penilaian OE akan dijalankan?

J3:   Proses penilaian OE tahun semasa akan dijalankan pada bulan Julai hingga Oktober pada tahun berikutnya.

       Contoh:  OE yang dihantar pada tahun 2021 dinilai pada bulan Julai 2022.

 
S4:   Bagaimanakah pelantikan Jurulatih OE (OE Trainer) dibuat?

J4:   Pelantikan Jurulatih OE dibuat oleh pihak InQKA selepas staf yang berkenaan menghadiri kursus OE anjuran InQKA. 

 
S5:   Bagaimanakah staf ingin mendapatkan akses kepada sistem OPIR?

J5:   Untuk mengakses sistem OPIR, staf perlu memberikan nombor pekerja kepada pihak SKKO supaya nama boleh didaftarkan ke dalam sistem tersebut.  Sistem boleh diakses oleh semua OE Trainer, KUK dan Ketua Jabatan melalui https://opir.uitm.edu.my/ dan log masuk perlu menggunakan ID dan kata laluan SSO UiTM. 

 
S6:   Berapakah bilangan ahli pasukan Kecemerlangan Operasi?

J6:   Bilangan ahli pasukan Kecemerlangan Operasi bergantung kepada keperluan PTJ untuk melaksanakan penambahbaikan sesuatu proses kerja.  Walaubagaimanapun, pihak InQKA mencadangkan bilangan ahli yang bersesuaian bagi satu proses kerja adalah seramai 6 orang.


S7:   
Bagaimanakah pelaporan OE perlu dibuat?

J7:   Pelaporan OE perlu diisi di dalam sistem OPIR beserta dengan dokumen bukti yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan.  Pelaporan ini terdiri daripada Perancangan dan Inisiatif PTJ, Hasil OE dan Impak penambahbaikan proses kerja.

 
S8:   Apakah dokumen-dokumen yang perlu dimuat naik ke dalam Sistem OPIR?

J8:   Dokumen yang perlu dimuat naik perlulah berkaitan bagi menyokong laporan yang dinyatakan seperti petikan minit mesyuarat, surat pelantikan, gambar dan laporan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan. Had maksimum bagi satu dokumen bukti adalah 1MB.

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721