Introduction

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) ialah badan yang bertanggungjawab ke atas perihal kualiti di Universiti Teknologi MARA. Sebagai pusat kualiti, InQKA mengurus serta menjadi pemangkin kepada semua aktiviti berkaitan kualiti yang dijalankan bukan sahaja di peringkat universiti dan fakulti, waima di peringkat kampus negeri serta cawangannya, demi memastikan kepatuhan kepada Code of Practice for Institutional Audit (COPIA), Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) serta ISO 9001.

Meneruskan legasi jaminan kualiti, InQKA kekal bertindak sebagai koordinator utam atau sekretariat kepada UiTM bagi audit Pensijilan ISO 9001:2008 di peringkat korporat oleh badan pensijilan LRQA; mengkoordinasi anugerah kualiti di peringkat universiti iaitu Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), disamping meneruskan lain-lain portfolio bersangkut kualiti. Pada tahun 2015 InQKA memberi fokus utama kepada beberapa projek mega peringkat Nasional dan UiTM. Ini termasuk memikul tanggungjawab mengkoordinasi audit swaakreditasi bagi keseluruhan sistem UiTM, menganjur Seminar on Internal-External Qualiti Assurance atau SIEQA II 2015 serta menambahbaik keseluruhan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) UiTM melalui Projek Khas Naib Canselor, QMS Version 2. Polisi Trans4U UiTM juga menyaksikan perubahan dan penambahbaikan tadbir urus InQKA secara keseluruhan.

 

Sejarah Perkembangan InQKA

Kualiti mula bertapak di UiTM sejak tahun 1994. Berbagai perubahan utama telah berlaku kepada InQKA sejak itu. Sejarah perkembangan InQKA boleh dijelaskan seperti berikut: