SHAH ALAM | 15 Ogos 2017 – Unit Sistem Kualiti dan Kecemerlangan Operasi, InQKA telah berjaya melaksanakan program “Operational Excellence Symposium” pada 15 Ogos 2017 bertempat di INTEKMA Resort and Convention Centre Shah Alam.

Naib Cancelor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, Kecemerlangan Operasi adalah sebagai salah satu Projek Keutamaan yang perlu dilaksanakan oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di seluruh sistem UiTM membuat penambahbaikan kepada proses sedia ada. Oleh disebabkan itu, beliau melantik Unit Sistem Kualiti dan Kecemerlangan Operasi (SKKO), InQKA bertanggungjawab sebagai peneraju dan pemantau operasi, proses kerja dan aktiviti setiap PTJ supaya lebih cekap, berkesan, menjimatkan dan memuaskan hati pelanggan.

SHAH ALAM | 20 Mac 2017 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diumumkan mendapat status Swa Akrediatsi oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini.

Naib Cancelor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, pengumuman itu dibuat dalam satu upacara khas sempena perjumpaan bulanan bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dengan warga kementerian di sini pagi tadi.

“Usaha mendapatkan status Swa Akreditasi ini telah bermula sejak UiTM menerima jemputan daripada pihak Menteri pada tahun 2013 bagi menunjukkan bukti kesediaan dan kemampuan untuk menguruskan pengiktirafan program akademik yang ditawarkan.

“Kumpulan ini merupakan kumpulan kedua yang diberikan status swa, sebanyak empat universiti awam dan empat universiti swasta telah diberikan status ini pada tahun 2010,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Konvensyen KIK Zon Sarawak 2016 telah berjaya dianjurkan oleh UiTM Sarawak (Kampus Samarahan 1) pada 05 Oktober 2016 yang lalu. Sebanyak 3 kumpulan telah bertanding pada konvensyen ini. Pihak InQKA mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak penganjur dan para peserta yang telah berusaha menjayakan konvensyen ini.

TAHNIAH – PUSAT KESIHATAN UiTM SHAH ALAM MENERIMA ‘JOHAN’ DI ANNUAL PRODUCTIVITY & INNOVATION CONFERENCE AND EXPOSITION (APIC) 2016


Tahniah kepada Kumpulan ‘Saisoku’ Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam yang telah menerima ‘JOHAN SEKTOR AWAM’ dalam “Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition (APIC) 2016” di Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada 27 Oktober 2016.

Sebanyak 98 kumpulan ICC untuk sektor awam telah dipertandingkan dari pelbagai jabatan kerajaan dan swasta.

Konvensyen KIK Sabah 2016 telah berjaya dianjurkan oleh UiTM Sabah pada 06 Oktober 2016 yang lalu. Sebanyak 2 kumpulan telah bertanding pada konvensyen ini. Pihak InQKA mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak penganjur dan para peserta yang telah berusaha menjayakan konvensyen ini.