Pihak Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku sekretariat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada UiTM Cawangan Kelantan ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’ kerana kecemerlangan penganjuran Mini Konvensyen KIK UiTM Zon Timur pada 19 hingga 20 September 2018 yang lalu dengan mengangkat tema ‘Ke Arah Revolusi Industri 4.0’.

Secara keseluruhannya terdapat 9 kumpulan yang bertanding iaitu 4 kumpulan dari UiTM Cawangan Kelantan (IM-Vative mewakili Fakulti Pengurusan Maklumat; FITRAH mewakili kumpulan Hibrid antara ACIS dan Penjara Machang; i DIMENSI mewakili ACIS dan NOVUS mewakili Unit Kesihatan), 4 kumpulan dari UiTM Cawangan Pahang (QR Team mewakili Kampus Raub; Cerebro mewakili Unit Kesihatan, HEA; QRINTIS mewakili Kampus Raub dan I-COP mewakili Pejabat Polis Bantuan, Kampus Jengka) dan 1 kumpulan dari UiTM Cawangan Terengganu iaitu FBM EAST COAST yang mewakili Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.  

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada

i) Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (HEA), UiTM Cawangan Kelantan - Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed; ii) Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Kelantan - Dr. Shahsuzan Zakaria; iii) Timbalan Pendaftar, UiTM Cawangan Kelantan – Dr. Che Mohd Syaharuddin Che Cob iv) Ketua-ketua Unit Kualiti, UiTM Cawangan Kelantan, UiTM Cawangan Terengganu dan UiTM Cawangan Pahang dan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mini Konvensyen KIK UiTM Zon Timur.

Berikut merupakan keputusan Konvensyen KIK UiTM Zon Timur 2018. TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada kumpulan yang meraih kejayaan.  Bagi kumpulan yang kurang bernasib baik, giatkan usaha anda dalam membudayakan inovasi di tempat kerja. Harapan InQKA agar kumpulan-kumpulan IK ini terus maju memacu wadah pembudayaan inovasi bukan hanya di gelanggang sendiri malahan mengharum ke pentas dunia.

SENARAI PEMENANG KONVENSYEN KIK UiTM ZON TIMUR 2018

SENARAI PENARAFAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF