Pihak Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku sekretariat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam kerana kecemerlangan penganjuran Konvensyen KIK UiTM Zon Tengah pada 3 Oktober 2018 yang lalu dengan tema ‘Transformasi Digital Melalui Inovasi’.

Secara keseluruhannya terdapat 9 kumpulan yang bertanding iaitu SHINE mewakili PTAR 1 UiTM Shah Alam, RISING STARS mewakili Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam, FAD_TECH dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana, MED_TECS dari Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh, ANGGUN dari Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh, TEGUH dari UiTM Kampus Puncak Alam, SMOKE BUSTERS dari Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh, BAHTERA EMAS dari UiTM Kampus Sungai Buloh dan TIARAS dari Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh.

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada i) Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik (HEA), Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam – Prof. Madya Dr. Wardah Tahir; ii) Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam – Prof. Madya Dr. Mohd. Fadzil Arshad; iii) Timbalan Dekan Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam – Prof. Dr. Hjh. Hamidah Mohd. Saman; iv) Ketua Unit Kualiti, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam – Dr. Ir. Hjh. Che Maznah Mat Isa dan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Konvensyen KIK UiTM Zon Tengah.

Berikut merupakan keputusan Konvensyen KIK UiTM Zon Tengah 2018. TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada kumpulan yang meraih kejayaan. Bagi kumpulan yang kurang bernasib baik, giatkan usaha anda dalam membudayakan inovasi di tempat kerja. Harapan InQKA agar kumpulan-kumpulan IK ini terus maju memacu wadah pembudayaan inovasi bukan hanya di gelanggang sendiri malahan mengharum ke pentas dunia.

 

                                                                             SENARAI PEMENANG

 

                                                                                 SENARAI PENARAFAN