Pihak Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku sekretariat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada UiTM Cawangan Perlis kerana kecemerlangan penganjuran Konvensyen KIK UiTM Zon Utara pada 26 hingga 27 September 2018 yang lalu bertemakan ‘Transformasi Digital Melalui Inovasi’. 

Secara keseluruhannya terdapat 10 kumpulan yang bertanding iaitu 2 kumpulan dari UiTM Cawangan Perlis (Beaker dan Incharge), 4 kumpulan dari UiTM Cawangan Pulau Pinang (Craggy, D4-Diamond, Atom dan G to G), 3 kumpulan dari UiTM Cawangan Perak (Vortex, Solvitur dan ACRe) dan 1 kumpulan dari UiTM Cawangan Kedah iaitu PA2u. 



Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada i) Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni, UiTM Cawangan Perlis – Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak ; ii) Ketua Unit Kualiti, UiTM Cawangan Perlis – Tn. Hj. Azizan Kassim; Ketua- ketua Unit Kualiti, UiTM Cawangan Kedah, UiTM Cawangan Perak dan UiTM Cawangan Pulau Pinang dan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Konvensyen KIK UiTM Zon Utara. 

Berikut merupakan keputusan Konvensyen KIK UiTM Zon Utara 2018. TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada kumpulan yang meraih kejayaan. Bagi kumpulan yang kurang bernasib baik, giatkan usaha anda dalam membudayakan inovasi di tempat kerja. Harapan InQKA agar kumpulan-kumpulan IK ini terus maju memacu wadah pembudayaan inovasi bukan hanya di gelanggang sendiri malahan mengharum ke pentas dunia.

SENARAI PEMENANG

SENARAI PENARAFAN