Pihak Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku sekretariat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada UiTM Cawangan Johor diatas kecemerlangan penganjuran Konvensyen KIK UiTM Zon Selatan yang berlangsung pada 1 hingga 2 Oktober  2018 yang lalu dengan mengangkat tema ‘Teknologi Inovatif Pemangkin Kelestarian Sejagat’.

Secara keseluruhannya terdapat 6 kumpulan yang bertanding iaitu 4 kumpulan dari UiTM Cawangan Johor  (Al-Khawarizmi mewakili ACIS,UiTM Kampus Segamat, Idealistik mewakili Perpustakaan Tun Dr. Ismail dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Kampus Pasir Gudang, Akar mewakili Perpustakaan UiTM Kampus Segamat dan Technolicious mewakili Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Kampus Segamat) , 1 kumpulan dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan iaitu FAST mewakili Perpustakaan Tun Abdul Razak dan 1 kumpulan KIK Hibrid iaitu gabungan antara UiTM Cawangan Sembilan, UiTM Cawangan Johor dan Majlis Perbandaran Port Dickson (NSJ Ventures).

 

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada i) Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (HEA), UiTM Cawangan Johor – Prof. Madya Hj. Kamel Taufiq Bin Abdul Ghani; ii) Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni, UiTM Cawangan Johor – Prof. Madya Dr. Saunah Binti Zainon; iii) Penolong Rektor Kampus Pasir Gudang – Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rafizan Bin Mohamad Daud; iv) Ketua Unit Kualiti, UiTM Cawangan Johor – Pn. Nor Diana Binti Abd Rahman; v) Ketua Unit Kualiti UiTM Cawangan Negeri Sembilan – Dr. Rafidah Kamarudin dan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Konvensyen KIK UiTM Zon Selatan.

Berikut merupakan keputusan Konvensyen KIK UiTM Zon Selatan 2018. TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada kumpulan yang meraih kejayaan.  Bagi kumpulan yang kurang bernasib baik, giatkan usaha anda dalam membudayakan inovasi di tempat kerja. Harapan InQKA agar kumpulan-kumpulan IK ini terus maju memacu wadah pembudayaan inovasi bukan hanya di gelanggang sendiri malahan mengharum ke pentas dunia.