Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah mengadakan forum sesi perkongsian ilmu tentang “Pembudayaan Kualiti” dalam usaha untuk mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan lagi aspek kualiti di UiTM.

Forum ini juga diadakan bersempena Sambutan Hari Kualiti Sedunia 2019. Objektif forum yang julung-julung kali dianjurkan ini adalah sebagai medium perkongsian pengalaman berkaitan kualiti universiti, membincangkan kaedah-kaedah bagi meningkatkan kualiti, peranan panel kualiti, serta mewujudkan interaksi sihat dalam kalangan staf UiTM.

Bersama-sama moderator forum YBhg. Prof. Dr. Hajah Roziah Janor, forum ini membariskan tiga panel yang tidak asing lagi iaitu:
1. Prof. Madya Dr. Noriah Othman
2. Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar
3. Prof. Madya Sr. Dr. Thuraiya Mohamad