Print

 

 

27 April 2020 – Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan program diskusi web secara dalam talian bertajuk “Future of Higher Learning in Malaysia: Post COVID19 and Beyond”. Penganjuran program ini dilakukan atas platform persidangan video yang dikendalikan secara jarak jauh oleh sekretariat InQKA dengan menggunakan aplikasi "Google Meet" dan "Stream Meet". Program anjuran bersama "Malaysian Quality Assurance Network" (MyQAN) telah dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Professor Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim secara dalam talian.

Sesi selama 2 jam itu mendapat sambutan yang memberansangkan apabila seramai 421 peserta telah berdaftar untuk mengikut diskusi tersebut. Tiga panel yang terdiri daripada tokoh akademik telah meluangkan masa untuk bersama-sama berbincang tentang cabaran dan strategi mengatasi kesukaran dalam menangani masa depan Pengajian Tinggi terutamanya di Malaysia. Mereka ialah Profesor Ts Dr. Hj Mohamad Kamal Hj Harun yang merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM, Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Profesor Datuk Dr. Raduan Che Rose seorang Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara (MPN).

Dalam perbincangan tersebut,  Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM dalam topiknya bertajuk “Pengajaran, Pembelajaran dan Pengalaman Kampus", beliau membincangkan mengenai pelbagai peluang untuk membentuk 'Norma Baharu' dalam institusi pengajian tinggi seperti pendemokrasian pendidikan, keusahawanan digital dan budaya yang didorong oleh teknologi. Beliau juga menekankan kepentingan universiti dalam memacu Industri Kecil & Sederhana (IKS). Prof Datuk Dr. Raduan Che Rose turut membicarakan mengenai tadbir urus, pekerja dan kebolehpasaran siswazah telah mengetengahkan beberapa kebimbangan mengenai pemberhentian pekerja dalam sektor swasta dan bagaimana keselamatan kerja dalam keadaan yang mencabar mengharungi COVID19. Justeru, kepentingan dalam Penyelidikan & Pembangunan di lihat penting untuk meningkatkan nilai rantaian dalam pengurusan untuk menyelaraskan norma baru dengan masa depan yang baru.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr. Raha pula memberi pendapat mengenai Penyelidikan, Inovasi, Kerjasama & Jaringan. Beliau membincangkan mengenai peluang baharu untuk penyelidikan seharusnya berdasarkan kepada dorongan data dan permintaan (data driven dan demand driven).  Dia juga berbicara mengenai keperluan mendesak untuk meningkatkan kemahiran seiring dengan perubahan teknologi.

Memandangkan pandemik COVID19 merupakan gangguan besar terhadap semua sektor ekonomi di Malaysia, malah turut memberi kesan kepada satu dunia, Profesor Dr Roziah Mohd Janor selaku moderator telah merumuskan bahawa menghadapi cabaran dalam keadaan sekarang ini, mereka perlu dilatih-semula dengan norma baharu agar selari dengan produktivi, disamping penyelidikan pula perlu berdasarkan keada dorongan data dan permintaan. Walau bagaimanapun, keselamatan pekerja perlu menjadi isu utama dalam menangani pandemik bahaya ini.

Di hujung sesi diskusi web, para peserta telah diberi ruang untuk mengemukakan beberapa soalan melalui aplikasi Pigeonhole dan setiap persoalan di bahas dengan penuh dedikasi dan harapan.

 

Sumber: https://news.uitm.edu.my/diskusi-web-anjuran-inqka-merungkai-strategi-menangani-cabaran-kesan-pandemik-covid19/