18 Jun 2020 – Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) dan Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan program diskusi web secara dalam talian bertajuk “Delivering Quality Education Despite COVID-19 Challenges: Lessons from the Top Three Hospitality and Tourism Management Institution in Malaysia”. Penganjuran program ini dilakukan atas platform persidangan video menggunakan aplikasi Google Meet dan FBLive. Program anjuran bersama Tourism Educators Association of Malaysia (TEAM) telah dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Professor Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim.

Sesi selama 2 jam itu mendapat sambutan yang memberansangkan apabila seramai 250 peserta telah mengikuti diskusi tersebut. Tiga panel daripada insititusi pendidikan hospitali dan pelancongan terbaik dunia di Malaysia telah bersama-sama membincangkan cabaran menjalankankan aktiviti akademik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan strategi institusi mereka menghadapi “Norma Baharu” COVID-19.

Mereka ialah Profesor Dr. Hj Mohd Salehuddin Mohd Zahari yang merupakan Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM, Professor Dr Neethiahnanthan A/LM Ari Ragavan, Dekan Eksekutif, Fakulti Sosial Sains dan Pengurusan Pelancongan, Taylor’s University dan En Azizul Jamaludin, Dekan, Fakulti Hospitaliti dan Media Kreatif, Management and Science University (MSU).

Professor Emiritus Datuk Ir.Dr.Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM telah merasmikan program ini. Menurut beliau, program itu selari dengan visi UiTM untuk FPHP terus menjadi trend setter kepada kurikulum subjek pengurusan hospitaliti dan pelancongan di Malaysia. Beliau juga menekankan perlunya institusi hospitaliti dan pelancongan di Malaysia ini untuk berkerjasama sebaik mungkin dan dapat menggemblengkan kekuatan dan serlahkan potensi untuk terus mengecapi lebih banyak kejayaan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli panel, INQKA dan TEAM kerana dapat menjalankan aktiviti seumpama ini.

Panel pertama, Profesor Dr. Hj Mohd Salehuddin Mohd Zahari dalam topiknya “Switching to eLearning due to COVID-19: UiTM Open Distance Learning (ODL) practice and experience” memaklumkan kesan dari pandemik COVID-19 dan PKP, para pelajar dan pensyarah tetap meneruskan pembelajaran secara jarak jauh (Online Distance Learning, ODL). Antara langkah perlaksanaan dari pihak pengurusan ialah merekod kehadiran secara online, pengendalian kuliah secara dalam talian menggunakan Google Meet, WhatsApp, Zoom dan sebagainya sebagai platform komunikasi. Beliau menekankan bahawa pendidikan menerusi dunia maya adalah cabaran baharu buat staf akademik dan pelajar UiTM dari aspek pengajaran, pentaksiran dan penyampaian ilmu. Beliau juga berkongsi usaha-usaha UiTM dalam meningkatkan kompetensi, keupayaan, kemahiran dan kesiapsiagaan dalam menerima normal baharu dalam pendidikan terutama dalam aspek pembelajaran dalam talian.

Professor Dr Neethiahnanthan dalam topik “Industrial Attachment and Coronavirus (COVID-19): Transitional Arrangements for Hospitality and Tourism Students” pula membicarakan mengenai tadbir urus dan pelaksanaan aktiviti latihan industri/amali sepanjang PKP dan pasca COVID-19. Memandangkan sifat program hospitaliti dan pelancongan yang unik, ianya mustahil untuk dijalankan secara maya. Oleh itu, pihak Taylor’s University telah menangguhkan aktiviti latihan praktikal industri mereka ke semester hadapan. Beliau juga menekankan aktiviti latihan industri secara maya memerlukan kesediaan yang cukup besar dari pihak pelajar untuk mereka bekerja secara sendiri, perlu lebih proaktif untuk mendapatkan sokongan dan disiplin untuk mengatur tugasan peribadi dan profesional.

En Azizul Jamaludin, Dekan, Fakulti Hospitaliti dan Media Kreatif, MSU pula membentangkan tajuk ““Keeping the doors of learning open: Teaching practical classes throughout COVID-19”. Beliau memaklumkan bahawa MSU hanya akan menjalankan kelas-kelas praktikal hanya selepas PKP di tamatkan. Tambahan beliau, para pensyarah sedang dilatih-semula dengan norma baharu agar selari dengan produktivi dan gaya pengajaran baharu berdasarkan keadaan semasa dan kesiapsagaan pelajar dalam pengoperasian aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara maya.

Di hujung sesi diskusi web, para peserta telah diberi ruang untuk mengemukakan beberapa soalan melalui aplikasi Pigeonhole dan setiap persoalan di bahas dengan penuh dedikasi dan harapan. Beberapa soalan menarik telah diajukan oleh peserta-peserta program ini.

Secara keseluruhan, perbincangan dan berkongsian ilmu telah membuka mata para pensyarah dan pelajar dalam menghadapi norma baharu pasca COVID-19 yang pasti memerlukan kreativiti dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang hospitaliti dan pelancongan dunia.

Oleh:
Pejabat Timbalan Dekan (PJI), Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM