TAHNIAH – PUSAT KESIHATAN UiTM SHAH ALAM MENERIMA ‘JOHAN’ DI ANNUAL PRODUCTIVITY & INNOVATION CONFERENCE AND EXPOSITION (APIC) 2016


Tahniah kepada Kumpulan ‘Saisoku’ Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam yang telah menerima ‘JOHAN SEKTOR AWAM’ dalam “Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition (APIC) 2016” di Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada 27 Oktober 2016.

Sebanyak 98 kumpulan ICC untuk sektor awam telah dipertandingkan dari pelbagai jabatan kerajaan dan swasta.



PUSAT KESIHATAN, UiTM Shah Alam mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dan telah memberi sokongan sehingga pencapaian ke peringkat kebangsaan. Antara anugerah yang telah dimenangi kumpulan Saisoku ialah :

  1. Mini Konvensyen KIK HEP UiTM Shah Alam
    1. Johan
    2. Anugerah Dokumentasi Terbaik
  2. Mini Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah UiTM Shah Alam
    1. Johan
    2. Anugerah Dokumentasi Terbaik
    3. Anugerah Inovasi Teknikal Terbaik
  3. Konvensyen KIK UiTM 2015
    1. Naib Johan
  4. Konvensyen Team Excellence MPC Wilayah Tengah 2016
    1. Anugerah Emas
  5. Konvensyen Team Excellence MPC Kebangsaan 2016
    1. Johan Sektor Awam


Hadiah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  Y.B. DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED.  Sekian, terima kasih.