Khamis | 13 Disember 2018

TAHNIAH! PEMENANG ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC) 2018

Shah Alam: Penyampaian Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2018 telah diadakan di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM pada 13 Disember 2018 (Khamis) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Majlis gilang gemilang ini telah dijayakan oleh Fakulti Pendidikan sebagai penganjur pada tahun ini yang bertemakan ‘Menginsankan Inovasi Untuk Pendidikan Berkualiti’.

Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM 2018 ini bukan sahaja menganugerahkan perkhidmatan cemerlang kepada kakitangan UiTM malah mengumumkan juga beberapa anugerah seperti Anugerah Pentadbir Cemerlang, Anugerah Pemacu Global, Anugerah Integriti Universiti, Anugerah Kolej Cemerlang serta tidak ketinggalan Anugerah yang dinanti-nantikan iaitu Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2018.

Pihak Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku sekretariat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada UiTM Cawangan Johor diatas kecemerlangan penganjuran Konvensyen KIK UiTM Zon Selatan yang berlangsung pada 1 hingga 2 Oktober  2018 yang lalu dengan mengangkat tema ‘Teknologi Inovatif Pemangkin Kelestarian Sejagat’.

Secara keseluruhannya terdapat 6 kumpulan yang bertanding iaitu 4 kumpulan dari UiTM Cawangan Johor  (Al-Khawarizmi mewakili ACIS,UiTM Kampus Segamat, Idealistik mewakili Perpustakaan Tun Dr. Ismail dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Kampus Pasir Gudang, Akar mewakili Perpustakaan UiTM Kampus Segamat dan Technolicious mewakili Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Kampus Segamat) , 1 kumpulan dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan iaitu FAST mewakili Perpustakaan Tun Abdul Razak dan 1 kumpulan KIK Hibrid iaitu gabungan antara UiTM Cawangan Sembilan, UiTM Cawangan Johor dan Majlis Perbandaran Port Dickson (NSJ Ventures).

 

Pihak Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku sekretariat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam kerana kecemerlangan penganjuran Konvensyen KIK UiTM Zon Tengah pada 3 Oktober 2018 yang lalu dengan tema ‘Transformasi Digital Melalui Inovasi’.

Secara keseluruhannya terdapat 9 kumpulan yang bertanding iaitu SHINE mewakili PTAR 1 UiTM Shah Alam, RISING STARS mewakili Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam, FAD_TECH dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana, MED_TECS dari Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh, ANGGUN dari Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh, TEGUH dari UiTM Kampus Puncak Alam, SMOKE BUSTERS dari Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh, BAHTERA EMAS dari UiTM Kampus Sungai Buloh dan TIARAS dari Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh.

Pihak Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku sekretariat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada UiTM Cawangan Perlis kerana kecemerlangan penganjuran Konvensyen KIK UiTM Zon Utara pada 26 hingga 27 September 2018 yang lalu bertemakan ‘Transformasi Digital Melalui Inovasi’. 

Secara keseluruhannya terdapat 10 kumpulan yang bertanding iaitu 2 kumpulan dari UiTM Cawangan Perlis (Beaker dan Incharge), 4 kumpulan dari UiTM Cawangan Pulau Pinang (Craggy, D4-Diamond, Atom dan G to G), 3 kumpulan dari UiTM Cawangan Perak (Vortex, Solvitur dan ACRe) dan 1 kumpulan dari UiTM Cawangan Kedah iaitu PA2u. 

Simposium Kecemerlangan Operasi 2018 telah diadakan dengan jayanya di Intekma Resort and Convention Centre, Shah Alam pada 15 Oktober 2018. Simposium ini memberi pengiktirafan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang telah melaksanakan penambahbaikan proses di unit masing-masing. Bertemakan “Kecemerlangan Operasi Memacu Kecekapan Pengurusan” simposium ini berjaya memberikan motivasi dan semangat kepada semua warga UiTM untuk membudayakan penambahbaikan proses melalui inovasi dan kreativiti di dalam melaksanakan proses kerja. Pihak InQKA berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said, Naib Canselor, UiTM yang sudi merasmikan Simposium Kecemerlangan Operasi tahun ini. Berikut adalah senarai pemenang-pemenang Kecemerlangan Operasi 2018. Syabas dan tahniah diucapkan.