Introduction

Simposium Kecemerlangan Operasi (OE) 2018 berjaya dilaksanakan pada 20 September 2018 di Intekma Resort Convention Centre Shah Alam Selangor. Simposium ini dihadiri oleh Ketua PTJ, Ketua Unit Kualiti (KUK) dan Operational Excellence Trainer dari 79 PTJ yang terlibat. Pihak penganjur juga telah menjemput penceramah jemputan iaitu Encik Mohd. Zamri Bin Baharudin, Pengurus Besar, Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd, Rawang untuk sesi perkongsian ilmu dan pengalaman di dalam amalan penambahbaikan proses dan memahami keperluan pelanggan. Simposium Kecemerlangan Operasi merupakan program tahunan yang diadakan bagi meraikan semangat dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh semua warga UiTM ke arah kecemerlangan operasi. Penambahbaikan proses yang dilakukan telah memberi impak positif kepada Pengurusan Universiti melalui penjimatan kos, masa, sumber manusia, mengurangkan aduan pelanggan dan seterusnya dapat meningkatkan kadar kegembiraan di kalangan warga UiTM.