Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Dokumen dan Instrumen Penilaian InQKA pada 16 hingga 18 Januari. Bengkel ini bertujuan untuk melaksanakan:
  1. Pembentukan dan pemurnian dokumen penilaian bagi tujuan akreditasi ASEAN University Network-Quality Assurance (AUN-QA) dan akreditasi program melalui mod pengajian Open Distance Learning (ODL).
  2. Pemurnian dokumen Quality Assurance and Enhancement Policy (QAEP).
  3. Pemurnian instrument penilaian Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC), instrument penilaian Kecemerlangan Operasi (OE) dan instrument penilaian Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).
  4. Membentuk dan memacu kecemerlangan InQKA dengan mengukuhkan keserakanan semua staf InQKA agar dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan lebih sistematik dan terkehadapan.
Alhamdulillah bengkel ini berjalan dengan jayanya dan menjadi harapan semua agar setiap staf InQKA menjalankan tugas dengan lebih efisyen dan amanah pada masa akan datang.

Selain itu pada 18 Januari juga, telah diadakan Majlis Perpisahan Sempena Pertukaran Staf iaitu Dr. Shahrul Nizam bin Ahmad dan Puan Habibah Hamzah serta meraikan dua orang pelajar latihan industri, Syed Mohammad Nuqman Jauhari b. Syed Mostamam, dan Muhammad Imran bin Harun yang telah selesai menjalani latihan amali mereka selama hampir 4 bulan (12 Oktober 2023 hingga 18 Januari 2024) di InQKA.

Semoga Puan Habibah Hamzah dan Dr. Shahrul Nizam terus maju jaya dalam melaksanakan tugas di tempat baru dan jutaan terima kasih diucapkan atas sumbang jasa dan bakti selama berkhidmat di InQKA.

Juga menjadi doa bersama agar kita warga UiTM dapat meneruskan tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan UiTM serta dipelihara dalam pemuliharaan dan keredhaan Allah SWT.

Selamat maju jaya!

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721