TAHUN 2025

Alt Text

PROJEK RINTIS DIGITAL DOCUMENT MANAGEMENT SYSTEM (DDMS) 2.0

Pada 14 Januari 2025 , jam 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di Pusat IT aras 1 PTAR, UiTM Shah Alam telah berlangsung projek rintis Digital Document Management System (DDMS)_2.0 di UiTM oleh Majlis Eksekutif Universiti (MEU). InQKA telah terpilih sebagai PTj Rintis dan kesemua staf pentabiran terlibat dalam Latihan Khusus DDMS dan Klasifikasi Fail UiTM anjuran Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan UiTM.

Read More
Alt Text

BICARA AKREDITASI

Pada 13 Januari 2025, Unit Jaminan Kualiti Dalaman (AQA), Institut Kualiti Dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah dijemput sebagai penceramah program Bicara Akreditasi anjuran Unit Kualiti UiTM Cawangan Melaka. Program tersebut yang diadakan di UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka telah dihadiri oleh 90 peserta dalam kalangan pentadbir akademik dan pensyarah.

Read More
Alt Text

SESI PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENULISAN SELF-REVIEW REPORT (SRR)

Sesi Perkongsian Amalan Terbaik Penulisan Self-Review Report (SRR) Bersama UiTM Cawangan Perak dan UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah diadakan pada 16 Januari 2025 secara dalam talian melalui platfom Webex. Penceramah jemputan bagi sesi perkongsian yang berlangsung selama dua jam ini adalah Cik Nurulanis Ahmad@Mohamed dari UiTM Cawangan Perak dan Puan Sri Yusmawati Mohd Yunus dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan. YBrs. Profesor Dr. Azizah Abdullah Penolong Naib Canselor, InQKA turut hadir dan menyampaikan ucapan aluan.

Read More
Alt Text

HARI PERSARAAN PENOLONG NAIB CANSELOR (InQKA)

Pada 27 Januari 2025, telah diadakan majlis meraikan hari persaraan Penolong Naib Canselor InQKA, Prof. Dr. Azizah Abdullah. Seluruh warga InQKA meraikan hari terakhir Prof Dr. Azizah berkhidmat sebagai pensyarah dan nakhoda InQKA. Tokoh yang banyak memberi inspirasi ini meninggalkan satu legasi yang tiada taranya. Dedikasi, ilmu serta bimbingan Prof yang tidak mengenal jemu menjadi ingatan berharga dan akan diabadikan selagi hayat dikandung badan.

Read More
Alt Text

BENGKEL PENGGUNAAN MICROSOFT TEAMS

10 Februari 2025 – Unit Komunikasi dan Pengembangan Ilmu (UKPI) telah menganjurkan Bengkel Penggunaan Microsoft Teams yang berlangsung di MKPUU1 - Pusat IT 1, Perpustakaan Undang-Undang. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran staf Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) dalam menggunakan Microsoft Teams bagi melaksanakan mesyuarat serta aktiviti dalam talian dengan lebih cekap dan berkesan.

Read More
Alt Text

MAJLIS PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

Meraikan seorang pelajar latihan industri Akram bin Abd Jalil, pelajar UiTM dari jurusan Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Pengkomputeran Mudah Alih, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Infomatik dan Matematik, Kampus Kuala Terengganu yang telah berjaya menamatkan latihan industri di Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA).

Read More
Alt Text

TAKLIMAT PELAKSANAAN AUDIT DALAM PTj 2025 BERSAMA KETUA-KETUA SISTEM AUDIT

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Taklimat Pelaksanaan Audit Dalam PTj Bersama Ketua Sistem Audit (KSA) pada 20 Februari 2025 melalui platfom 𝘔𝘪𝘤𝘳𝘰𝘴𝘰𝘧𝘵 𝘛𝘦𝘢𝘮𝘴.

Read More
Alt Text

PELAKSANAAN PROGRAM HANDSON@PI

20 Februari 2025 – Unit Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menerima tiga (3) orang staf kontrak lantikan baharu dari Jabatan Penyelidikan dan Inovasi bagi pelaksanaan program Handson@PI. 

Read More
Alt Text

TAKLIMAT KECEMERLANGAN OPERASI (OE) 2025

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) melalui Unit Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi (PKIKO) telah menganjurkan Taklimat Pelaporan Kecemerlangan Operasi (OE) 2025.

Read More
Alt Text

TAKLIMAT ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC) 2025

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Taklimat Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2025 pada 3 Mac 2025 secara dalam talian melalui platfom Microsoft Teams. 

Read More
Alt Text

PROGRAM BAKUL KASIH RAMADAN InQKA

Bakul Kasih Ramadan InQKA 2025m/1446H menyantuni Staf Pentadbiran InQKA
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan." (HR. at-Tirmidzi).
Read More
Alt Text

KURSUS NAPKIN AI

Unit Komunikasi dan Pengembangan Ilmu, InQKA telah menganjurkan Kursus Napkin AI secara dalam talian bagi meningkatkan produktiviti kerja dan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam tugasan seharian. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf mengenai penggunaan Napkin AI yang mampu membantu dalam menyusun maklumat serta menjana idea dengan lebih pantas dan efisien.

Read More
Alt Text

InQKA UiTM PRIHATIN

Pada 14 Mac 2025, InQKA telah menyampaikan sumbangan bersempena InQKA UiTM Prihatin X Program Amal Free Market yang bertempat di Dewan Komuniti Rantau Panjang, Klang.

Read More
Alt Text

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Majlis Khatam Al-Quran InQKA UiTM 2025M/ 1446H: Imarah Ramadan, Semarak Cinta Al-Quran
Bilik Mesyuarat InQKA bergema dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran bersempena Majlis Khatam Al-Quran InQKA yang berlangsung dengan penuh keberkatan pada 24 Mac 2025 (Isnin), Ramadan yang ke-23.
Read More
Alt Text

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Semoga kehadiran Syawal membawa keberkatan dalam hidup kita semua. Di hari yang mulia ini, marilah kita mengeratkan lagi ukhwah sesama kita, memperkukuhkan ikatan persaudaraan dan memupuk rasa kasih sayang yang tulus. Dengan semangat kekeluargaan, kita akan terus maju bersama ke arah kejayaan.

Read More
Alt Text

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (LAAP)

Pada 12 dan 13 Mac 2025, Lawatan Audit Akreditasi Penuh (LAAP) telah dijalankan di UiTM Cawangan Kampus Sungai Petani yang melibatkan program berikut:
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia (BA243)
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi (BA244)
  • Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran (AM770)
Read More
Alt Text

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (LAAP)

Lawatan Audit Akreditasi Penuh (LAAP) telah dijalankan di UiTM Cawangan Kampus Puncak Alam yang melibatkan program berikut:

  • Sarjana Muda Seni Gerak Kreatif (Kepujian) (CAAD234) (Mod 2u1i)
Read More
Alt Text

MAJLIS SUA RAYA UiTM 2025

Sebanyak 41 Pusat Tanggungjawab (PTj) turut diberikan ruang masing-masing untuk menghias reruai, mencipta suasana yang meriah dan penuh warna-warni. InQKA telah terpilih untuk menyediakan menu istimewa dari negara Indonesia iaitu hidangan gado-gado. Selain itu kuih tradisi cucur jawa turut menambahkan lagi seri di meja reruai InQKA.
Read More
Alt Text

MESYUARAT SUSULAN MAKLUM BALAS AUDIT PEMATUHAN SWAAKREDITASI UiTM

Telah berlangsung Mesyuarat Susulan Maklum Balas Audit Pematuhan Swaakreditasi UiTM pada 21 April 2025. Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada PTj yang berkaitan terhadap status terkini tindakan penambahbaikan yang telah diambil berhubung penemuan Audit Pematuhan Swaakreditasi UiTM.

Read More
Alt Text

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (LAAP)

Lawatan Audit Akreditasi Penuh (LAAP) telah dijalankan di Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana yang melibatkan program berikut:

  • Sarjana Industri Budaya dan Kreatif (CAFF710)
Read More
Alt Text

SESI PERBINCANGAN

Sesi Perbincangan Awal Penganjuran Hari Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti 2025 bersama Fakulti Farmasi selaku tuan rumah bagi edisi tahun ini telah berjaya dilaksanakan pada 22 April yang lalu. Perbincangan ini bertujuan untuk membuat pascanilai terhadap penganjuran majlis terdahulu yang telah berlangsung pada Disember 2024, di samping menjadi platfom awal dalam merangka persiapan asas sebagai tuan rumah bagi majlis tahunan yang penuh prestij ini.

Read More
Alt Text

MAJLIS TAUTAN KASIH

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Majlis Tautan Kasih sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis meriah ini menghimpunkan warga UiTM dari pelbagai jabatan dan unit, termasuk kehadiran mantan warga InQKA yang turut memeriahkan suasana. Pelbagai juadah raya yang enak disajikan kepada para tetamu yang hadir.

Read More
Alt Text

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (LAAP)

Lawatan Audit Akreditasi Penuh (LAAP) telah dijalankan di UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh yang melibatkan program berikut:

  • Sarjana Sains Pengurusan Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (CEEE770)
Read More
Alt Text

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (LAAP)

Lawatan Akreditasi ke Industri untuk program Mod 3U1I telah dijalankan di lokasi-lokasi berikut:

  • Syaliarisa Services SdnBhd / Syaliarisa Consultants
  • Panasonic Manufacturing Malaysia Berhad (PMMA)
  • Air Asia RedQ
  • Aneka Jaringan Holdings
  • Program yang terlibat adalah:
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Higiene Industri dan Keselamatan (AS239)
Read More
Alt Text

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (LAAP)

Lawatan Audit Akreditasi Penuh (LAAP) telah dijalankan di UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu yang melibatkan program berikut:

  • Diploma Keusahawanan Tani (AT113)
  • Diploma Sains Komputer (CDCS110)
Read More
Alt Text

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (LAAP)

Lawatan Audit Akreditasi Penuh (LAAP) telah dijalankan di UiTM Cawangan Kedah Kampus Sungai Petani yang melibatkan program berikut:

  • Sarjana Muda Sistem Maklumat (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Pintar (CDCS259)
Read More
Alt Text

MAJLIS PENGHARGAAN PERPISAHAN

Pada 13 Mei 2025, telah berlangsung sebuah majlis penghargaan perpisahan buat Cik Noor Farah Zaiti binti Mohd Zaidon (Timbalan Pendaftar Kanan) dan Puan Noor Azmah binti Zuber (Penolong Pendaftar Kanan).

Read More
Alt Text

REVOLUSI VISUAL: MENEROKA ANIMASI DIGITAL MELALUI CANVA

Unit Komunikasi dan Pengembangan Ilmu, (InQKA), telah menganjurkan Kursus Aplikasi Canva (Animation) selama dua hari bertempat di Makmal 14, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Shah Alam. Kursus ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan kemahiran staf dan pelajar dalam bidang reka bentuk digital dinamik yang semakin relevan dalam era komunikasi visual masa kini.

Read More
Alt Text

LAWATAN PENANDA ARAS HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH (HASA)

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) dalam satu lawatan penanda aras yang bertujuan memperkukuh peranan strategik HASA agar selari dengan hala tuju dan keperluan Universiti.

Read More
Alt Text

BENGKEL SEMAK SEMULA OBJEKTIF KUALITI UiTM

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Bengkel Semak Semula Objektif Kualiti UiTM yang melibatkan penyertaan daripada Pusat Tanggungjawab (PTj) yang menguruskan data berkaitan Objektif Kualiti UiTM. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkemas pelaporan dan pelaksanaan objektif kualiti di peringkat universiti secara lebih sistematik dan efektif.

Read More
Alt Text

TAHNIAH

Tahniah kepada semua penerima Anugerah MeQKU 2025 (Mesyuarat Sinergi Penolong Naib Canselor Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu bersama Ketua Unit Kualiti (KUK), Ketua Unit Kualiti dan Akreditasi (KUKA) dan Pegawai Kualiti). Bersama merealisasikan kualiti ke arah kecemerlangan lestari.

Read More
Alt Text

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada semua Finalis Kecemerlangan Operasi (OE2024) UiTM. Selamat maju jaya di Pembentangan Akhir OE2024 pada 7 Julai 2025!
 
Read More
Alt Text

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (LAAP)

Pada 18 dan 19 Jun 2025, Lawatan Audit Akreditasi Penuh (LAAP) telah dijalankan di UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu yang melibatkan program berikut:
📍 Doktor Pentadbiran Perniagaan AA901 / AA902
Ketua Panel: Prof. Madya Dr. Bahtiar Mohamad (UUM)
Panel Penilai: Dr. Mad Ithnin bin Salleh (UPSI)
Pemerhati: Dr. Sakinah Mat Zin (UiTM Cawangan Kelantan)
 
Read More
Alt Text

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (LAAP)

Pada 28 dan 29 Mei 2025, Lawatan Audit Akreditasi Penuh (LAAP) telah dijalankan di UiTM Cawangan Kedah Kampus Sungai Petani yang melibatkan program berikut:
📍 Doktor Pentadbiran Perniagaan AA901 / AA902
Ketua Panel: Prof. Madya Dr. Bahtiar Mohamad (UUM)
Panel Penilai: Prof. Madya Dr. Ahmad Zainal Abidin Abd Razak (UPSI)
Pemerhati: Dr. Yanti Aspha Ameira binti Mustapha (UiTM Cawangan Kedah)
 
Read More
Alt Text

MeQKU2025

Mesyuarat Sinergi PNC InQKA Bersama Ketua Unit Kualiti, Ketua Unit Kualiti dan Akreditasi & Pegawai Kualiti telah berlangsung dengan jayanya pada 10–12 Jun 2025 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Bandar Enstek. Program ini dianjurkan dengan nasihat dan bimbingan Profesor Dr. Haslinda Yusoff, Penolong Naib Canselor InQKA, sebagai medan strategik memperkukuh ekosistem kualiti UiTM. Program ini menghimpunkan barisan hadapan jaminan kualiti UiTM untuk merangka strategi dan tindakan yang lebih segar, tersusun dan berimpak tinggi.
 
Read More
Alt Text

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (LAAP)

Pada 24 dan 25 Jun 2025, Lawatan Audit Akreditasi Penuh (LAAP) telah dijalankan di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat yang melibatkan program berikut:
 
📍Doktor Pentadbiran Perniagaan / Doctor in Business Administration (AA901/AA902)
Ketua Panel: Prof. Madya Dr. Bahtiar Mohamad (Universiti Utara Malaysia)
Panel Penilai: Dr. Mad Ithnin Salleh (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
Pemerhati: Puan Mardziyana Mohamad Malom (UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat)
Read More
Alt Text

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (LAAP)

Pada 24 dan 25 Julai 2025, Lawatan Audit Akreditasi Penuh (LAAP) telah dijalankan di UiTM Shah Alam yang melibatkan dua (2) program berikut:
 
📍Diploma Produksi Audio Digital / Diploma in Digital Audio Production
Ketua Panel : Prof. Madya Khairil Anwar Dean Kamarudin (UMK)
Panel Penilai : Ts. Dr. Hairul Hasnan (UM)
Pemerhati : Prof. Madya Dr. Ahmad Rithaudin Md Noor (UiTM Shah Alam)
 
📍Sarjana Persembahan Muzik / Master of Music Performance (CAMU790)
Ketua Panel : Dr. Yap Jin Hin (UPSI)
Panel Penilai : Prof. Madya Dr. Cheong Yew Choong (UCSI)
Pemerhati : Prof. Madya Dr. Chong Yew Yoong (UiTM Shah Alam)
 
Read More
Alt Text

AUDIT PENSIJILAN SEMULA ISO 9001:2015

1 Julai 2025 – Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melaksanakan Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 pada 1 hingga 2 Julai 2025. Majlis Pembukaan audit ini telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), mewakili Naib Canselor UiTM serta bertindak sebagai Wakil Pengurusan.
 
Read More
Alt Text

MAJLIS PENUTUP AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015

Pembentangan dapatan audit telah dibentangkan oleh Pasukan Audit daripada Lloyd's Register Quality Assurance (LRQA) yang diketuai oleh Cik Lee Yin Yan dan Encik Norfaizal Mohamed Saad berjaya dalam mengekalkan pematuhan pensijilan semula. YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih di atas kerjasama, komitmen dan sumbangan yang diberikan oleh warga UiTM sepanjang proses audit dijalankan. 
 
Read More
Alt Text

PEMBENTANGAN AKHIR KECEMERLANGAN OPERASI (OE20240 UiTM

Pada 7 Julai 2024, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Pembentangan Akhir Kecemerlangan Operasi (OE2024) Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang bertujuan memperkasakan pelaksanaan penambahbaikan proses kerja serta memperkukuh amalan Kecemerlangan Operasi di seluruh UiTM.
 
Read More
Alt Text

KUNJUNGAN HORMAT KE AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

Pada 15 Julai 2025, delegasi dari InQKA yang diketuai oleh PNC bersama Pengarah Jaminan Kualiti Akademik, Pengarah Pengurusan Kualiti, Inovasi & Kecemerlangan Operasi serta Timbalan Pendaftar telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YBrs. Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
 
Read More
Alt Text

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Kamarularifin Abd Jalil dan Prof. Madya Ts. Dr.-Ing Shahrul Azam Abdullah atas kejayaan memperolehi Geran Penyelidikan Pendidikan Tinggi (GPPT) Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2025 berjumlah RM 50,000.00 bagi tajuk Utilizing Large Language Model (LLM) for Malaysia Qualifications Agency (MQA) Accreditation Document Review.
 
Read More
Alt Text

TAHNIAH

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas kejayaan menerima pensijilan semula ISO 9001:2015 oleh LRQA bagi tempoh 2 Ogos 2025 hingga 1 Ogos 2028. Pensijilan ini meliputi skop pengurusan korporat institusi pendidikan tinggi, sekaligus mengiktiraf amalan pengurusan berkualiti dan kecekapan sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh UiTM.
 
Read More
Alt Text

MESYUARAT ANTARA InQKA DAN JAnA

Pada 10 Julai telah berlangsung mesyuarat antara InQKA dan Jabatan Akademik dan Antarabangsa (JAnA) bagi membincangkan proses dan tindakan yang perlu diambil untuk menubuhkan unit QVC UiTM selaras dengan kelulusan sementara UiTM sebagai pusat verifikasi kualiti (QVC) bagi SAMC. 
 
Read More
Alt Text

KEJOHANAN PIALA PNC

Pada 11 Julai yang lalu, InQKA telah menganjurkan Kejohanan Piala PNC buat julung kalinya yang berlangsung di Wangsa Bowl, Setia City Mall, Setia Alam. Kejohanan ini diadakan bagi menggalakkan penyertaan aktif dalam kalangan staf serta meningkatkan kesedaran dan minat terhadap aktiviti sukan dan riadah.
 
Read More
Alt Text

BICARAWARA STRATEGIK SIRI 10/2025

Sesi bicawara ini menampilkan Prof. Dr. Haslinda Yusoff selaku Penolong Naib Canselor Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), sebagai panel jemputan khas manakala Dr. Mohd Ridwan Seman @ Kamarulzaman, Ketua Pengurusan Maklumat & Data Analitik, Pejabat Transformasi Universiti, bertindak sebagai moderator.
 
Read More
Alt Text

LAWATAN PASUKAN KECEMERLANGAN OPERASI JABATAN BENDAHARI

Pasukan Kecemerlangan Operasi, Jabatan Bendahari telah mengunjungi Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu dengan tujuan membincangkan gerakan dan dokumentasi Kecemerlangan Operasi Jabatan Bendahari UiTM.
 
Perbincangan ini diwakili oleh Puan Nur Faizahton Fisal, Pengarah Kewangan dan pasukan kecemerlangan operasi Jabatan Bendahari. Manakala InQKA diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr.-Ing. Shahrul Azam Abdullah, Pengarah Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi serta sekretariat Kecemerlangan Operasi InQKA.
Read More
Alt Text

LAWATAN AUDIT AKREDITASI PENUH (LAAP)

Pada 30 dan 31 Julai 2025, Lawatan Audit Akreditasi Penuh (LAAP) telah dijalankan di UiTM Shah Alam yang melibatkan program berikut:
 
📍 Diploma Pendidikan Islam/Diploma in Islamic Education (IC130)
 
Ketua Panel: Dr. Mohd Faeez Ilias (Kolej Universiti Islam Selangor)
Panel Penilai: Dr. Mohd Syaubari Othman (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
Pemerhati: Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nor Mamat (UiTM Shah Alam)
 
Read More
Alt Text

SIMPOSIUM KECEMERLANGAN OPERASI 2025 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA. Manakala, sesi perkongsian pula menampilkan dua orang penceramah jemputan iaitu Encik Hairul Mubarak Haji Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Victorious Step Sdn. Bhd. dan Encik Nik Faizal Nik Ahmad, Pakar Produktiviti Kanan, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) The Future.
Read More
Alt Text

InQKA UiTM SUCCESSFULLY HOSTS INAUGURAL ViQHE 2025

Shah Alam, 14 August 2025 – The Institute of Quality and Knowledge Advancement (InQKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), has successfully hosted the 1st Virtual International Conference on Quality and Innovation in Higher Education (VIQHE 2025) from 12–14 August 2025, attracting scholars, policymakers, and practitioners from Malaysia and Indonesia.
 
With the theme “Enhancing Quality and Innovation for a Sustainable Higher Education Ecosystem”, the three-day virtual event provided a platform to exchange insights on quality assurance, digital transformation, leadership, and sustainability in higher education.
Read More
Alt Text

QUALITY IS NOT AN ACT, IT IS A HABIT

As the Vice Chancellor of UiTM, Malaysia’s largest public university, Prof. Datuk Dr. Shahrin plays a pivotal role in shaping the quality assurance standards that drive academic excellence. His expertise in quality management has been instrumental in ensuring that UiTM remains a leader in higher education innovation and sustainability. At VIQHE 2025, Prof. Datuk Dr. Shahrin will inspire us to cultivate quality as a habit, helping institutions worldwide elevate their educational standards. Don’t miss out on this opportunity to learn from one of the foremost experts in higher education quality!
Read More
Alt Text

CONGRATULATIONS

Congratulations to all winners of the 1st Virtual International Conference on Quality and Innovation in Higher Education (ViQHE 2025).
Read More
Alt Text

TAHNIAH

Tahniah YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, FASc , Naib Canselor UiTM menerima Anugerah Tokoh Jaminan Kualiti (Dalam Negara) kategori Anugerah Utama pada 11 Ogos 2025 sempena MQA Awards 2025.
 
Read More
Alt Text

TAHNIAH

Tahniah atas penghargaan sebagai Ahli Panel Penilai (APP) Cemerlang sempena Anugerah Agensi Kelayakan Malaysia MQA Awards pada 11 Ogos 2025.
Semoga pencapaian ini terus mengharumkan nama universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.
 
Read More

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721