OPERATIONAL EXCELLENCE (OE)
ANUGERAH KECEMERLANGAN OPERASI (OE)
Kecemerlangan operasi merupakan satu aktiviti penambahbaikan proses kerja yang berterusan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan, dan kualiti dalam pelaksanaan proses, sistem, dan perkhidmatan organisasi. Ia bertujuan memastikan organisasi mencapai prestasi optimum, mengurangkan pembaziran, dan memberikan nilai maksimum kepada pelanggan atau pihak berkepentingan. Unit Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi, InQKA menjadi penggerak utama dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan perkongsian amalan terbaik Kecemerlangan Operasi yang bertujuan untuk memastikan setiap PTJ sentiasa melaksanakan penambahbaikan berterusan dan memantapkan pelaksanaan penambahbaikan proses kerja serta memperkukuhkan amalan Kecemerlangan Operasi di seluruh UiTM.
Bertemakan penambahbaikan proses kerja sedia ada di PTJ, tiga (3) kategori dipertandingkan iaitu Proses Kerja Pentadbiran, Akademik, dan Kewangan di PTJ. Kecemerlangan Operasi ini bukan sekadar pertandingan, tetapi merupakan amalan penambahbaikan yang boleh diaplikasikan di seluruh sistem UiTM untuk memperkukuhkan tadbir urus PTJ dan universiti. Sebagai pengiktirafan kepada PTJ, sebanyak lapan (8) Anugerah Kecemerlangan Operasi telah dianugerahkan kepada PTJ yang cemerlang dalam pelaksanaan proses kerja mereka di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti.
SENARAI ANUGERAH KECEMERLANGAN OPERASI (OE):
- Johan
- Naib Johan
- Tempat Ketiga
- Saguhati
- Saguhati
- Saguhati
- Saguhati
- Poster Terbaik
Secara keseluruhannya, Kecemerlangan Operasi telah menjadi salah satu iniatif penting dalam menyokong budaya kerja yang lebih efektif diseluruh UiTM.