INNOVATION AND CREATIVITY (KIK)

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

Kumpulan Inovatif dan kreatif (KIK) sebelumnya dikenali sebagai Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) yang diamalkan sejak tahun 1985. KMK bertujuan menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Pada tahun 1991, KMK ditransformasi menjadi Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi memberi ruang yang lebih holistik terhadap inovasi dan kreativiti, bukan sahaja tertumpu kepada  perkhidmatan awam malah ia melibatkan sektor swasta.

KIK diperkenalkan di UiTM sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memacu peningkatan kualiti dalam perkhidmatan dan pentadbiran universiti. Seiring dengan amalan sektor awam yang menyertai program KIK, UiTM melaksanakan pendekatan ini untuk mempromosikan inovasi dalaman. Matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada staf dari pelbagai jabatan untuk bekerjasama dalam mengenalpasti masalah, mencadangkan penyelesaian kreatif, dan mengimplementasikan perubahan yang memberi manfaat kepada universiti. Bagi merancakkan kreativiti dan inovasi, pelbagai pertandingan anjuran dalaman dan luaran diperkenalkan kepada pasukan KIK UiTM.

Bermula tahun 2010, Konvensyen KIK Peringkat Zon telah diperkenalkan yang mana penganjuran adalah secara giliran. Tujuan utama mengadakan Konvensyen KIK Peringkat Zon adalah untuk memilih wakil setiap zon yang dianugerahkan Emas ke Kovensyen KIK Peringkat UiTM, Sebanyak 50 kumpulan telah menyertai Konvensyen KIK pada tahun 2024. Berikut adalah pembahagian zon yang telah ditetapkan berlandaskan Garis Panduan Perlaksanaan Kumpulan Inovasi dan Kreatif Universiti Teknologi MARA (KIK UiTM 3.1):

  1. Zon Tengah (UiTM yang berada didalam lembah Klang)
  • Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana, Sg. Buloh, Selayang dan Dengkil
  1. Zon Timur
  • Kelantan, Terengganu dan Pahang
  1. Zon Selatan
  • Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
  1. Zon Borneo
  • Sabah dan Sarawak
  1. Zon Utara
  • Pulau Pinang, Perlis, Perak dan Kedah

 

Anugerah-anugerah ini bertujuan untuk mendorong para peserta untuk terus berinovasi dan mencipta penyelesaian baru dalam menghadapi cabaran yang ada, serta meningkatkan budaya kerja yang berkesan dan progresif di kalangan warga UiTM. Beberapa anugerah yang ditawarkan semasa Konvensyen KIK Peringkat Zon/UiTM adalah seperti berikut:

Johan

Naib Johan

Tempat ke -3

KIK Berpotensi

Penjimatan Kos Sebenar Terbaik 

Istiqomah KIK

Fasilitator Terbaik

Penjanaan Pendapatan Sebenar Terbaik 

Dokumentasi Terbaik

Persembahan Terbaik

Pembentang Lelaki Terbaik

Pembentang Wanita Terbaik

KIK PRIMER Terbaik Inovasi Sosial

KIK HIBRID Terbaik Inovasi Sosial

Anugerah KIK PRIMER terbaik Bidang Inovasi Sosial (Kategori Penciptaan)  

KIK HIBRID terbaik Bidang Inovasi Sosial (Kategori Penciptaan)

KIK PRIMER terbaik Bidang Inovasi Sosial (Kategori Penambahbaikan)

KIK HIBRID terbaik Bidang Inovasi Sosial (Kategori Penambahbaikan)

KIK PRIMER Terbaik Inovasi Pengurusan

KIK HIBRID Terbaik Inovasi Pengurusan

KIK PRIMER terbaik Bidang Inovasi Pengurusan (Kategori Penciptaan)

KIK HIBRID terbaik Bidang Inovasi Pengurusan (Kategori Penciptaan)

KIK PRIMER terbaik Bidang Inovasi Pengurusan (Kategori Penambahbaikan)

KIK HIBRID terbaik Bidang Inovasi Pengurusan (Kategori Penambahbaikan)

KIK PRIMER Terbaik Inovasi P&P

KIK HIBRID Terbaik Inovasi P&P

KIK PRIMER terbaik Bidang Inovasi P&P (Kategori Penciptaan)

KIK HIBRID terbaik Bidang Inovasi P&P (Kategori Penciptaan)

KIK PRIMER terbaik Bidang Inovasi P&P (Kategori Penambahbaikan)

KIK HIBRID terbaik Bidang Inovasi P&P (Kategori Penambahbaikan)

Penarafan Emas, Perak dan Gangsa

 

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721