Antarabangsa | Pelajar | Staf | Alumni 

Select your language

Berita & Galeri

TAHUN 2024

Alt Text

MESYUARAT KAJI SEMULA PENGURUSAN UiTM

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku sekretariat kepada jawatankuasa kaji semula pengurusan telah mengadakan Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP) pada 4 Januari 2024 melalui platform zoom meeting. Mesyuarat pada kali ini dipengerusikan oleh YBhg. Datin Profesor Suzana Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

Objektif MKSP ini diadakan adalah untuk mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti UiTM. Seterusnya dari hasil dapatan MKSP ini adalah untuk penambahbaikan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti UiTM dan keberkesanan proses yang terlibat. Di samping itu, ianya juga untuk penambahbaikan produk atau perkhidmatan berkaitan dengan keperluan pelanggan serta keperluan sumber meliputi aspek perancangan sumber manusia dan pembangunan fizikal.

Alt Text

SURVEILLANCE AUDIT 2 (SV 2) ISO 9001:2015 DARI LLYOD’S REGISTER QUALITY ASSURANCE (LRQA)

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku Sekretariat Pengurusan Kualiti Korporat UiTM telah menguruskan Surveillance Audit 2 (SV 2) ISO 9001:2015 yang diadakan pada 10 Januari 2024 (Rabu) secara Hybrid (Fizikal dan Dalam Talian). Sesi audit secara fizikal telah diketuai oleh Auditor Llyod’s Encik Lai Kok Tong. Manakala, bagi sesi audit dalam talian telah menggunakan Aplikasi Zoom Meeting yang diketuai oleh Auditor Llyod’s Cik Lee Yi Yan.

Read More
Alt Text

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN DOKUMEN DAN INSTRUMEN PENILAIAN InQKA

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Dokumen dan Instrumen Penilaian InQKA pada 16 hingga 18 Januari 2024.

Read More
Alt Text

TAKLIMAT ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC) 2024

Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) UiTM mula diperkenalkan pada tahun 1996. AKNC diperkenalkan untuk memberi pengiktirafan dalam gerakan kualiti yang menyeluruh khususnya dalam kalangan warga dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam UiTM. Pada tahun 2024, Taklimat AKNC yang juga merupakan acara tahunan sebelum pertandingan AKNC bermula telah diadakan pada 31 Januari 2024.

Read More
Alt Text

TAKLIMAT PENULISAN SELF-REVIEW REPORT (SRR)

Pada 1 Februari 2024, Unit Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi (PKIKO) telah mengadakan Taklimat Penulisan Self-Review Report (SRR) yang disampaikan oleh Ts. Dr. Razulaimi Razali, Ketua Pengurusan Kualiti InQKA.

Sejak tahun 2020, SRR yang disediakan merujuk kepada dokumen Guide on Compliance Evaluation for Self-Accreditation Universities yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada tahun 2020.

Read More
Alt Text

TAKLIMAT PELAKSANAAN AUDIT DALAM PTJ BERSAMA KETUA SISTEM AUDIT (KSA)

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Taklimat Pelaksanaan Audit Dalam PTJ Bersama Ketua Sistem Audit (KSA) pada 21 Februari 2024 melalui platform zoom meeting. Penceramah bagi sesi taklimat ini adalah Ts. Dr. Razulaimi Razali iaitu Ketua Pengurusan Kualiti, InQKA, UiTM Shah Alam.

Read More

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721