- PENGENALAN
- KEPUASAN PELANGGAN
- INTELLIGENT ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (i-AKNC)
- PEMBENTANGAN AKHIR AKNC
- KERJASAMA LANJUTAN
- SOALAN LAZIM
Pengenalan Unit Pentadbiran, ICT dan AKNC
Pentadbiran - menyediakan perkhidmatan sokongan pentadbiran dan teknikal dalam aspek pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, perancangan strategik, ICT, pengurusan harta, pengurusan dokumen, fasiliti dan keselamatan.
ICT – keperluan sistem/aplikasi komputer dan peralatan yang penting menjadikan unit ini sebagai nadi penyediaan segala keperluan berkaitan. Perkhidmatan yang diberikan merangkumi 2 perkhidmatan iaitu pengurusan sistem teknologi maklumat dan pengurusan sokongan ICT.
Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) – merupakan satu anugerah kualiti utama universiti dimana unit ini sebagai sekretariat yang menguruskan segala aktiviti yang berkaitan dengan penganugerahan ini. Aktiviti yang diuruskan oleh unit ini termasuk bengkel penulisan laporan, bengkel penilaian laporan, sesi pembentangan akhir dan juga turut terlibat ketika Hari Kemuncak Bulan Inovasi.

Pengenalan
Pengenalan
Anugerah Kualiti mula diperkenalkan pada tahun 1996 dan dijenamakan semula kepada Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) pada tahun 2000. Ia merupakan anugerah kualiti tahunan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berjaya melaksanakan pembudayaan kualiti kerja yang cemerlang di UiTM.
AKNC adalah sebuah model kecemerlangan berdasarkan model Malcolm Baldrige Award (Education) yang menjadi rujukan dan digunapakai oleh UiTM untuk menyerlahkan budaya kualiti yang diamalkan di setiap PTJ melalui pelaporan pencapaian jabatan, fakulti dan kampus masing-masing.
Model kecemerlangan ini menitik beratkan aspek kepimpinan, perancangan strategik, tumpuan pelanggan, keutamaan pengukuran dan analisis, pengurusan sumber manusia dan pengoperasian proses disamping meletakkan fokus utama kepada produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh PTJ yang terlibat.
Berbeza dari Baldrige Award yang menilai kecemerlangan organisasi dan agensi yang berlainan entiti, AKNC berperanan untuk memupuk amalan budaya kualiti PTJ dalam UiTM melalui hasil dan bukti pelaksanaannya.
Setelah lebih 20 tahun pelaksanaan anugerah ini, sudah tiba masanya AKNC ditambahbaik bagi menelusuri perubahan teknologi semasa sejajar dengan Pelan Strategik UiTM 2025. Oleh itu pada Januari 2020, InQKA telah mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah platform atas talian bagi mengurus pelaksanaan AKNC. Platform ini yang berasaskan kepada sistem pintar maklumat bersepadu atas talian telah dinamakan sebagai i-AKNC (Intelligent Anugerah Kualiti Naib Canselor).
Pembangunan i-AKNC adalah satu usaha untuk melancarkan proses 4P (Penulisan, Penilaian, Pengesahan dan Penganugerahan) dalam melaksanakan proses penulisan laporan, penghantaran laporan, penilaian laporan, pengurusan pemarkahan dan penganugerahan di dalam AKNC. Secara ringkas, semua proses yang dilaksanakan akan lebih bersistematik, menjimatkan masa dan kos, telus dan selamat.
Pembangunan i-AKNC berasaskan kepada Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (System Development Life Cycle) yang melibatkan fasa perancangan, fasa pengumpulan keperluan dan analisa, fasa merekabentuk, fasa pembangunan pengaturcaraan, fasa pengujian dan fasa penyelenggaraan untuk menghasilkan sebuah sistem yang berkualiti. Penglibatan para pemegang taruh amat dititikberatkan di sepanjang kitar hayat i-AKNC ini.
Dengan pelaksanaan i-AKNC, ia menggambarkan usaha berterusan InQKA untuk komited dalam memperkasakan pembudayaan kualiti kerja yang cemerlang di UiTM melalui tadbir urus AKNC yang lebih mesra pelanggan, cekap dan berintegriti.
![]() |
![]() |
![]() |
||
---|---|---|---|---|
Ts. Noorfaizalfarid Hj Mohd Noor (Ketua) |
Pn. Siti Fatahiyah Mahamood | En. Abd Razak Abu Kassim | ||
Pensyarah Kanan, FSKM
|
Ketua Sistem Audit, ACIS | Ketua Unit Kualiti | ||
UiTM Cawangan Perlis
|
UiTM Shah Alam | UiTM Cawangan Terengganu | ||
Email: nfaizalf@uitm.edu.my
|
Email: sitif006@uitm.edu.my | Email: razakkassim@uitm.edu.my |
![]() |
![]() |
![]() |
||
---|---|---|---|---|
Dr. Shatina Saad | Prof. Madya Dr. Noriah Othman | Dr Mohamad Fariz Mohamad Taib | ||
Pensyarah Kanan, FPP
|
Profesor Madya, FSPU | Pensyarah Kanan, FSG | ||
UiTM Cawangan Selangor
|
UiTM Shah Alam | UiTM Shah Alam | ||
Email: shatinas@uitm.edu.my
|
Email: noriah403@uitm.edu.my | Email: mfariz@salam.uitm.edu.my |
![]() |
---|
En. Hadzli Ishak |
Ketua Unit Kualiti
|
UiTM Cawangan Kedah
|
Email: hadzli@uitm.edu.my
|
S1: Bilakah tarikh akhir laporan AKNC perlu dimuat naik ke dalam sistem i-AKNC?
J1: Tarikh akhir bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) memuat naik laporan (yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan) adalah berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak InQKA.
S2: Apakah laman web bagi sistem i-AKNC?
J2: Laman web bagi sistem i-AKNC adalah iaknc.uitm.edu.my. Sistem ini boleh diakses menggunakan Web SSO.
S3: Saya baru dilantik oleh Ketua Jabatan sebagai Penyelaras AKNC. Apakah cara untuk saya dapatkan akses terhadap sistem i-AKNC?
J3: Penyelaras AKNC boleh mendapatkan akses terhadap sistem i-AKNC dengan menghantar e-mel kepada sekretariat AKNC (Puan Siti Norul’Ain Mohd Azizi atau Puan Hairina Ahmad Bakri).
S4: Apakah fungsi Penyelaras AKNC di PTJ?
J4: Fungsi Penyelaras AKNC di PTJ adalah seperti berikut:
- Memilih bidang tumpuan bagi pihak PTJ dengan persetujuan Ketua PTJ.
- Melantik penulis laporan AKNC ke dalam sistem i-AKNC (surat lantikan dibuat secara manual oleh Ketua PTJ).
- Menulis laporan AKNC (sekiranya dilantik sebagai penulis laporan AKNC).
- Menyemak laporan AKNC bagi setiap kriteria.
- Menghantar laporan AKNC yang telah disemak kepada Ketua PTJ untuk dihantar ke InQKA melalui sistem i-AKNC.
S5: Bagaimanakah saya boleh dapatkan surat pelantikan sebagai penyelaras AKNC PTJ?
J5: Surat pelantikan Penyelaras AKNC boleh dimuat turun daripada laman web i-AKNC selepas pendaftaran nama dilakukan oleh pihak sekretariat AKNC.
S6: Bagaimanakah saya ingin mendaftarkan nama penulis yang telah dilantik untuk menulis laporan AKNC?
J6: Penyelaras AKNC yang telah mendapat akses ke dalam sistem i-AKNC boleh mendaftarkan penulis yang telah dilantik untuk menulis laporan AKNC pada tahun semasa.
S7: Siapakah yang akan menyediakan surat pelantikan penulis laporan AKNC PTJ?
J7: Surat pelantikan penulis disediakan oleh PTJ dan akan ditandatangani oleh Ketua PTJ masing-masing.
S8: Berapakah had maksima penulis laporan AKNC yang boleh dilantik oleh setiap PTJ?
J8: Ketetapan bagi had maksima penulis laporan AKNC yang boleh dilantik oleh setiap PTJ untuk mendapatkan akses kepada sistem i-AKNC adalah seramai 30 orang sahaja.
S9: Adakah sistem i-AKNC mengagihkan penulis mengikut kriteria AKNC?
J9: Tidak. Penyelaras yang akan menentukan kriteria bagi penulis
S10: Mengapakah sistem i-AKNC tidak mengehadkan akses penulis kepada kriteria yang ditetapkan sahaja?
J10: Hal Ini bertujuan untuk membolehkan semua penulis melihat penulisan daripada penulis kriteria yang lain dan membolehkan mereka menyelaras penulisan masing-masing.
S11: Bolehkah penulisan dilakukan secara serentak?
J11: Penulis boleh menulis secara serentak.
S12: Dalam penulisan hasil, berapakah hasil yang perlu dilaporkan?
J12: Penulis hanya perlu fokus kepada tiga (3) hasil utama dan setiap hasil dilaporkan di bahagian:
- Hasil 1
- Hasil 2
- Hasil 3
S13: Apakah bentuk dokumen dan bukti yang dibenarkan/boleh digunakan untuk ruangan bukti dalam penulisan?
- Fail/salinan PDF sahaja dengan maksimum tiga (3) muka surat bagi setiap bukti.
- Tertakluk kepada maksimum lima (5) bukti.
- Penghantaran bukti melalui pautan Google Drive adalah tidak dibenarkan.
S14: Siapakan yang akan menghantar laporan yang telah disiapkan?
J14: Penyelaras akan menghantar laporan akhir yang lengkap kepada Ketua PTJ untuk disemak. Sekiranya Ketua PTJ bersetuju, Ketua PTJ akan menekan butang “hantar”.
Siapakah yang boleh dihubungi berkenaan AKNC?
NO | NAMA | JAWATAN | NO. TELEFON | |
---|---|---|---|---|
SEKRETARIAT AKNC: | ||||
1. | Puan Siti Norul'Ain Mohd Azizi | Penolong Pendaftar Kanan | 03-5543 5711 | |
2. | Puan Habibah Hamzah | Pegawai Eksekutif | 03-5543 5732 | |
TEKNIKAL: | ||||
1. | Puan Fauzilah Idris | Penolong Teknologi Maklumat Kanan | 03-5543 5747 |