MESEJ PENOLONG NAIB CANSELOR

Selamat datang ke Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA). Kami bertanggungjawab ke atas pengurusan kualiti universiti. Selaras dengan aspirasi UiTM untuk menjadi Universiti Terkemuka Dunia menjelang 2025 (GRU2025), kita perlu memastikan sistem kualiti, operasi serta program akademik yang ditawarkan oleh universiti terjamin.

 

Kami memikul tanggungjawab ini dengan penuh integriti dan amanah seperti yang diamanahkan oleh pihak pengurusan. Justeru, Beyond Boundaries telah dipilih untuk menjadi tema tahun ini bertujuan untuk membawa InQKA dan UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Ini bukan inisiatif perseorangan. Ia hanya boleh direalisasikan melalui siri usaha bersepadu daripada setiap pihak di UiTM. Kami memohon bantuan anda untuk menjadikan UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi terkemuka bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721