PENGENALAN
UiTM merupakan sebuah Penyedia Pengajian Tinggi (PPT) yang diiiktiraf MQA untuk menjadi Pusat Verifikasi Kualiti bagi Stand Alone Micro-Credentials (SAMC). Melalui pusat ini, UiTM bertanggungjawab untuk:
- Menguruskan proses jaminan kualiti dalam memastikan SAMC selaras dengan Garis Panduan Amalan Baik MQA
- Menjalankan penilaian verifikasi kualiti SAMC bagi tahap Siji (T-3) hingga Ijazah Kedoktoran (T-8) yang ditawarkan institusi dan penyedia latihan tertentu dengan menyelaraskan elemen kualiti pelaksanaan serta penilaian pembelajaran berdasarkan MQF; dan
- Memudahcara pendaftaran SAMC yang telah disahkan ke dalam Daftar Micro-credentials MQA.
UiTM komited menjalankan tanggungjawab sebagai peneraju dalam menjamin kualiti ke arah perluasan ekosistem pembelajaran berterusan dan fleksibel bagi menyokong Agenda Pendidikan Sepanjang Hayat yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

