INTERNAL AUDIT
Pengenalan Audit Dalam Korporat UiTM
Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) merupakan Sekretariat yang membantu Ketua Sistem Audit (KSA) UiTM untuk menjalankan Audit Dalam Korporat, ISO 9001:2015 bagi setiap PTJ di bawah skop pensijilan Pengurusan Korporat Universiti Awam.

Audit Dalam Korporat UiTM adalah proses penilaian yang sistematik dan objektif terhadap operasi dan pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Audit ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua aktiviti dan prosedur universiti dijalankan dengan mematuhi undang-undang, peraturan, dan piawaian yang ditetapkan, serta mencapai objektif organisasi dengan berkesan dan efisien.

Di samping itu, Audit Dalam Korporat juga dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun dandirancang dengan mengambilkira status dan kepentingan sesuatu proses dan bidang yang akan diaudit selain daripada mengambilkira hasil audit yang lepas

Proses semakan semakan audit merangkumi perkara berikut:

i) Pengurusan Governan
ii) Pengurusan Kualiti dan Audit Dalam
iii) Tindakan Pembetulan dan Penambahbaikan Berterusan
iv) Pengurusan Risiko dan Maklum Balas Pelanggan
v) Penggunaan Logo Pensijilan ISO
vi) Perancangan Strategik dan Objektif Kualiti
vii) Komunikasi Pengurusan, Korporat dan Antarabangsa
viii) Pengurusan Hal Ehwal Akademik dan Peperiksaan
ix) Pengurusan Pengambilan Pelajar
x) Koordinasi Penyelidikan, Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni
xi) Pembangunan Sumber Manusia, Rekod dan Dokumen
xii) Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen
xiii) Infrastruktur, Persekitaran dan Perolehan
xiv) Sustainable Development Goal Initiatives

Objektif Pelaksanaan

1. Memastikan Pematuhan
Menjamin semua operasi dan aktiviti mematuhi undang-undang, peraturan, dan garis panduan universiti serta pihak berkuasa berkaitan.
2. Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan
Menilai keberkesanan dan kecekapan proses operasi serta mengenal pasti peluang untuk penambahbaikan.
3. Mengenal Pasti dan Mengurus Risiko
Menilai risiko yang dihadapi oleh universiti dan keberkesanan langkah-langkah kawalan untuk mengurus risiko tersebut.
4. Memastikan Ketepatan Rekod Kewangan
Menilai keutuhan dan ketepatan rekod kewangan serta laporan yang dihasilkan oleh universiti.
5. Meningkatkan Tadbir Urus Korporat
Menyediakan cadangan untuk meningkatkan tadbir urus korporat dan amalan pengurusan risiko.

Proses Kerja Audit Dalam - Kitaran PDCA (Plan-Do-Check-Act)

Proses kerja audit dalam korporat UiTM disusun semula mengikut model kitaran PDCA (Plan- Do-Check-Act) untuk memastikan pendekatan yang berterusan dalam peningkatan kualiti dan keberkesanan audit.

Hasil Dapatan dari Audit Dalam

Pematuhan yang Lebih Baik: Mengenal pasti kepatuhan terhadap polisi dan prosedur universiti serta mengurangkan risiko ketidakpatuhan.
Keberkesanan Proses yang Meningkat: Cadangan yang diberikan membantu dalam memperbaiki proses dan prosedur, meningkatkan kecekapan operasi.
Pengurusan Risiko yang Lebih Berkesan: Meningkatkan kesedaran mengenai risiko dan memperbaiki langkah kawalan dalaman untuk mengurus risiko tersebut.
Ketelusan dan Ketepatan Rekod: Memastikan rekod kewangan dan laporan yang dihasilkan adalah tepat dan boleh dipercayai.
Tadbir Urus yang Lebih Kukuh: Menyumbang kepada peningkatan tadbir urus korporat dan pengurusan universiti, memastikan UiTM beroperasi dengan integriti dan akauntabiliti yang tinggi.

Proses audit dalam korporat UiTM adalah komponen penting dalam mengekalkan standard yang tinggi dalam operasi universiti dan memastikan pencapaian objektif organisasi dengan berkesan.

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721