Alhamdulillah pada 3 April telah berlangsung Majlis Khatam AL- Quran peringkat InQKA. Majlis yang disertai seluruh warga InQKA ini di ketuai oleh Ustaz Mohammad Shaffiaizad Amar Mohammed Sabri dari Hal Ehwal Islam UiTM.

Sesungguhnya majlis khatam Al-Quran adalah majlis ilmu yang sangat dituntut. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi dari majlis yang penuh barokah ini. Rasulullah ﷺ bersabda “sesiapa menghadiri atau menyaksikan majlis khatam al-Quran seumpama menghadiri pembahagian Ghanimah (harta rampasan perang)”. Manfaatnya sama seperti orang yang membacanya.

Majlis berakhir dengan sesi pemberian cenderahati kepada Ustaz Mohammad Shaffiaizad oleh Penolong Naib Canselor InQKA, Prof. Dr. Azizah Abdullah dan pengagihan cenderahati kepada seluruh staf InQKA. Semoga majlis ilmu agama seperti ini terus menjadi satu aktiviti yang dikekalkan setiap tahun InshAllah.

#InQKAUiTM #TadarusAlQuran

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721