Pada 17 April yang lalu, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), UiTM telah menerima kunjungan daripada Unit SPK dan Pembudayaan Kualiti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang bertujuan untuk melihat pelaksanaan sistem Pengurusan Kualiti dan Inovasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Delegasi UTM diwakili oleh Puan Hartini Darsono, Puan Sabrina Ibrahim, Puan Siti Zarinah Abdul Jalal dan Encik Mohd Sufian Nooralazam. Ucapan aluan dan pembentangan pengenalan UiTM dan InQKA telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Azizah Abdullah, Penolong Naib Canselor InQKA. Seterusnya sesi perkongsian pelaksanaan dan pengurusan Sistem Pengurusan Kualiti, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Kecemerlangan Operasi dan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) di UiTM telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr.-Ing. Shahrul Azam Abdullah, Pengarah Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi, InQKA. Diharapkan kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak untuk meningkatkan pengurusan kualiti dan inovasi di UTM dan UiTM pada masa akan datang.

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721