Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Bengkel Panel Penilaian iQMS 2024 pada 18 April 2024 melalui platform zoom meeting.

Sesi bengkel ini telah dimulakan oleh Prof. Madya Ts. Dr.-Ing. Shahrul Azam Abdullah iaitu Pengarah Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi (PKIKO). Beliau menerangkan hala tuju proses penilaian iQMS 2024 adalah untuk menyemak dan mengesahkan penambahbaikan penemuan-penemuan iQMS Kitaran 6/2023.Sementara itu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Prof. Dr. Azizah Abdullah, Penolong Naib Canselor InQKA dengan tajuk ‘Hala Tuju Penilaian iQMS Kitaran 7 dalam Mendukung Universiti Berstatus Swaakreditasi.Dalam ucapan tersebut beliau yakin dengan usaha bersama, InQKA akan terus meningkatkan standard kualiti UiTM dan menyumbang kepada pembangunan negara melalui pendidikan berkualiti. Di samping itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses Penilaian iQMS untuk Kitaran 7 bagi tahun 2024.

Seramai dua (2) orang penceramah yang terlibat dalam bengkel ini iaitu:

1. Ts. Dr. Razulaimi Razali

   (Ketua Pengurusan Kualiti, InQKA)

   Taklimat 1: Kriteria Penilaian iQMS Kitaran 7/2024

   Taklimat 2: Penulisan Laporan ER iQMS 2024

   Taklimat 3: Proses Pelaksanaan ER iQMS Kitaran 7/2024

2. Ts. Mohd Norafizal Abd Aziz

   (Pensyarah Kanan,UiTM Cawangan Pahang)

   Taklimat: Penggunaan ERIS Versi 4.0

Bengkel yang diadakan selama satu (1) ini, bermula jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang telah dihadiri oleh seramai 107 peserta di kalangan Ketua-ketua Unit Kualiti (KUK), Panel Penilai iQMS dari seluruh kampus cawangan UiTM. Dengan penganjuran bengkel ini, semua KUK dan Panel Penilai iQMS dapat mengasah semula pengetahuan yang telah tumpul dan menambah pengetahuan baharu berkaitan penggunaan klausa penilaian yang telah ditambahbaik dan penggunaan ERIS versi 4.0.

 

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721