Pada 30 April yang lalu, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah mengadakan Mesyuarat Jabatan dan Majlis Hari Raya Aidilitri bertempat di ruang pejabat InQKA. Setelah wakil dari setiap unit selesai membentangkan laporan aktiviti unit masing-masing, majlis jamuan makan dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohamad Shafiq seterusnya menjemput hadirin menikmati juadah raya yang telah disediakan.

Turut diraikan staf InQKA yang sama-sama menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan April serta ulangtahun ke 30 penubuhan InQKA.

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.

#InQKAUiTM #InQKAraya

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721