Pada 27 Mei yang lalu, Unit Komunikasi InQKA telah membuat lawatan tapak di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia yang terletak di Semenyih, Selangor. Peningkatan jumlah bagi kes ibu bapa yang terdampar di institusi - institusi kebajikan kerajaan dan bukan kerajaan mendorong Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia membina dan menyediakan tempat tinggal agar insan-insan kurang bernasib baik ini dapat merasai keselesaan tempat tinggal yang sesuai dalam menghabiskan jangka hayat mereka seperti insan lain yang mempunyai keluarga di luar sana.

Encik Muhammad Syafiq Mohiadin yang merupakan setiausaha di Pusat Jagaan tersebut sangat berbesar hati menyambut kedatangan kami dan beliau telah menerangkan dengan ringkas tentang sejarah pembinaan, objektif penubuhan, kategori-kategori penghuni yang diterima masuk, pengisian program, sumber kewangan dan keperluan harian rumah jagaan orang tua tersebut.

Kami juga di bawa melawat sekitar kawasan rumah jagaan dan menziarahi penghuni di sana. Hasil dari lawatan tapak akan dibentangkan dalam mesyuarat Program Tanggungjawab Sosial (CSR) yang bakal dijalankan nanti di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.

#InQKAUiTM #InQKAPRIHATIN #CSR

 

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721