Setelah lawatan tapak selesai dilakukan pada 28 Jun 2024 yang lalu, barang keperluan ataupun sumbangan mula dikumpul. Hebahan melalui poster serta perkongsian di media sosial membuahkan hasil apabila sumbangan berbentuk wang ringgit dan barangan keperluan diterima boleh dikatakan setiap hari. Warga di InQKA sendiri turut menyumbang pelbagai barangan yang telah dicadangkan senarainya oleh Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.

Ternyata hebahan yang dilakukan berjaya menarik perhatian ramai pihak sekaligus mencerminkan keprihatinan mereka tentang pentingnya memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Kami amat menghargai setiap sumbangan yang diberikan. Bukan jumlah yang menjadi keutamaan tetapi ingatan tulus daripada penyumbang untuk turut sama menjayakan program CSR InQKA. Sebanyak RM 12,000 nilai sumbangan yang berjaya di dikumpulkan untuk diserahkan kepada rumah jagaan tersebut.

Unit Komunikasi juga turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengarah program serta ahli jawatankuasa tajaan yang berjaya mendapat tajaan dari salah sebuah rangkaian pemborong dan peruncit tempatan halal terbesar di Malaysia, Mydin. Syarikat Mydin telah menyumbang pelbagai barangan keperluan harian dan pilihan InQKA untuk menjadikan Mydin sebagai rakan CSR amatlah bertepatan.

Segala barangan sumbangan keperluan dikumpulkan dan dilabel untuk memudahkan pihak penerima (Pusat Jagaan Mahmudah) bagi urusan proses rujukan tarikh luput dan penyimpanan.

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721