AKREDITASI PROGRAM 
Akreditasi Sementara (PA) merupakan suatu pengesahan jaminan kepada program tertentu yang memenuhi keperluan minimum untuk ditawarkan. Tahap ini memerlukan kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menjalankan program baharu itu.

Akreditasi Penuh (FA) merupakan suatu penganugerahan bagi menyatakan bahawa aktiviti pengajaran, pembelajaran dan semua aktiviti lain yang berkaitan sesuatu program itu telah memenuhi kriteria dan piawaian yang telah ditetapkan untuk tujuan tersebut serta mematuhi perkara yang telah ditetapkan oleh MQF. Tambahan lagi, perkara ini dilakukan sebelum pengijazahan kohort pertama.

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721