TAHUN 2024

Alt Text

SURVEILLANCE AUDIT 2 (SV 2) ISO 9001:2015 LLOYD’S REGISTER QUALITY ASSURANCE (LRQA)

Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku Sekretariat Pengurusan Kualiti Korporat UiTM telah menguruskan Surveillance Audit 2 (SV 2) ISO 9001:2015 yang diadakan pada 10 Januari 2024 (Rabu) secara Hybrid (Fizikal dan Dalam Talian).

Read More
Alt Text

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN DOKUMEN DAN INSTRUMEN PENILAIAN InQKA

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Dokumen dan Instrumen Penilaian InQKA pada 16 hingga 18 Januari.

Read More
Alt Text

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERTUKARAN STAF

Majlis Perpisahan Sempena Pertukaran Staf telah diadakan pada 18 Januari yang lalu bagi meraikan Dr. Shahrul Nizam bin Ahmad dan Puan Habibah Hamzah dari Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA).

Read More
Alt Text

MAJLIS MERAIKAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

Meraikan dua orang pelajar latihan industri, Syed Mohammad Nuqman Jauhari b. Syed Mostamam dan Muhammad Imran bin Harun dari Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media ini telah berjaya menamatkan latihan amali mereka selama hampir empat bulan, dari 12 Oktober 2023 hingga 18 Januari 2024, di InQKA.

Read More
Alt Text

TAKLIMAT ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC)

Taklimat Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) secara dalam talian melalui platform Zoom disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. -Ing. Shahrul Azam Abdullah (Pengarah Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi.

Read More
Alt Text

TAKLIMAT PENULISAN SELF-REVIEW REPORT (SRR)

Taklimat Penulisan Self-Review Report (SRR) yang disampaikan oleh Ts. Dr. Razulaimi Razali (Ketua Pengurusan Kualiti) secara dalam talian melalui platform Zoom.

Read More
Alt Text

TAKLIMAT KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

Taklimat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu 2024 & Webinar KIK Modul 1 (Penyelaras dan Fasilitator KIK UiTM) diadakan pada 23 Februari 2024 (Jumaat) bermula jam 2:50 petang melalui platform zoom.

Read More
Alt Text

TAKLIMAT DOKUMEN AUDIT PEMATUHAN (IQA04)

Taklimat Dokumen Audit Pematuhan (IQA04) akan diadakan pada 4 Mac 2024 bermula pada jam 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi secara dalam talian melalui platform Zoom.

Read More
Alt Text

HARI KONSULTASI

Hari Konsultasi oleh Unit Jaminan Kualiti Akademik (AQA), Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) diadakan pada 6, 13, 20, 27 Mac dan 3 April 2024 yang melibatkan cawangan/kampus/kolej pengajian/fakulti bermula pada jam 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari secara dalam talian iaitu melalui platform Zoom dan Webex.

Read More
Alt Text

MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASSIN

Pada 8 Mac 2024 bersamaan 27 Syaaban 1445, InQKA telah mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin yang diketuai oleh TS. Dr. Razulaimi Razali. Majlis ini juga adalah bersempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam.

Read More
Alt Text

BEG RAMADAN

Alhamdulillah sekali lagi pada Ramadan kali ini staf-staf InQKA menerima sumbangan beg Ramadan. Beg Ramadan merupakan usaha yang dijayakan oleh Penolong Naib Canselor dan barisan pengurusan InQKA sebagai tanda keprihatinan kepada staf pentadbiran sempena menjalani ibadah puasa.

Read More
Alt Text

TAKLIMAT PELAPORAN KECEMERLANGAN OPERASI (OE)

Taklimat Pelaporan Kecemerlangan Operasi (OE) yang dijalankan pada 20 Mac 2024 bermula pada jam 9:30 pagi secara dalam talian melalui platform zoom. Taklimat ini akan disampaikan oleh Puan Norina Ahmad Jamil (Koordinator Kecemerlangan Operasi dan Inovasi).

Read More
Alt Text

MAJLIS KHATAM AL- QURAN

Pada 3 April telah berlangsung Majlis Khatam AL- Quran peringkat InQKA. Majlis yang disertai seluruh warga InQKA ini di ketuai oleh Ustaz Mohammad Shaffiaizad Amar Mohammed Sabri dari Hal Ehwal Islam UiTM.

Read More
Alt Text

LAWATAN PENANDAARASAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Pada 17 April yang lalu, InQKA menerima kunjungan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang di wakili oleh Puan Hartini Darsono, Puan Sabrina Ibrahim, Puan Siti Zarinah Abdul Jalal dan Encik Mohd Sufian Nooralazam.

Read More
Alt Text

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI InQKA

Pada 30 April yang lalu, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah mengadakan Mesyuarat Jabatan dan Majlis Hari Raya Aidilitri bertempat di ruang pejabat InQKA.

Read More
Alt Text

MAJLIS SUA RAYA AIDILFITRI UiTM

Pada 8 Mei yang lalu telah berlangsung sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat UiTM yang diadakan di Dataran Parkir Bertingkat Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC).

Read More
Alt Text

WEBINAR KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) MODUL 4

Webinar Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Modul 4 (Design Thinking) akan dijalankan pada 15 Mei 2024 (Rabu) melalui platform zoom. Webinar ini akan disampaikan oleh Tuan Ir. Haji Anuar Hashim (Pakar Rujuk KIK).

Read More
Alt Text

TAKLIMAT PENGGUNAAN SISTEM UFuture UiTM

InQKA telah menganjurkan Taklimat Penggunaan Sistem UFuture UiTM. Taklimat ini telah disampaikan oleh Dr Prasanna Ramakrisnan, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat, iCEPS dengan dibantu oleh 2 staf teknikal iCEPS iaitu Pn. Sapura Jailani (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan) dan En Ahmad Aizuddin Saifullah (Pen. Peg. Teknologi Maklumat Kanan).

Read More
Alt Text

MAJLIS DOA SELAMAT

Telah diadakan majlis doa selamat bagi meraikan Dr. Shatina Saad (Ketua Pematuhan Kualiti Akademik) yang bakal menunaikan ibadah haji pada bulan hadapan.

Read More
Alt Text

WEBINAR KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) MODUL 6

Webinar Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Modul 6 (Blue Ocean Strategy) akan berlangsung pada 5 Jun 2024 (Rabu) jam 2:30 petang melalui platform zoom.

Read More
Alt Text

WEBINAR KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) MODUL 7

Webinar Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Modul 7 (Pengembangan Projek KIK UiTM) telah berlangsung pada 24 Jun 2024 (Isnin) jam 9:00 pagi melalui platform zoom.

Read More
Alt Text

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2023

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Ts. Dr.-Ing Shahrul Azam Abdullah (Pengarah Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi) penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023. Semoga terus maju jaya!

Read More
Alt Text

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2023

Tahniah diucapkan kepada Mohammad Shafiq Mustapa (Kerani Kanan) penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023. Semoga terus maju jaya!

Read More
Alt Text

MAJLIS UCAPAN TERIMA KASIH DAN MERAIKAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

Meraikan dua orang pelajar latihan industri, Natasya Shahira Shaharudin dan Wan Abdul Qayyum Abdul Wahab. Kedua-dua mereka merupakan pelajar dari Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, telah selesai menjalani latihan amali mereka selama 3 bulan (11 Mac 2024 hingga 21 Jun 2024) di Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA).

Read More
Alt Text

WEBINAR KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) MODUL 8

Webinar Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Modul 8 (Harta Intelek dan Hak Cipta) akan berlangsung pada 25 Jun 2024 (Selasa) jam 9:00 pagi melalui platform zoom. 

Read More
Alt Text

BENGKEL APLIKASI CANVA (ADVANCE LEVEL)

Unit Komunikasi dan Pengembangan Ilmu, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Bengkel Aplikasi CANVA (Advance Level) pada 9 dan 10 Julai 2024 yang bertempat di Makmal 2, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar UiTM terlibat sepanjang sesi bengkel ini berlangsung.

Read More
Alt Text

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CSR) InQKA PRIHATIN

Pada 27 Mei yang lalu, Unit Komunikasi InQKA telah membuat lawatan tapak di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia yang terletak di Semenyih, Selangor. Peningkatan jumlah bagi kes ibu bapa yang terdampar di institusi - institusi kebajikan kerajaan dan bukan kerajaan mendorong Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia membina dan menyediakan tempat tinggal agar insan-insan kurang bernasib baik ini dapat merasai keselesaan tempat tinggal yang sesuai dalam menghabiskan jangka hayat mereka seperti insan lain yang mempunyai keluarga di luar sana. 

Read More
Alt Text

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CSR) InQKA PRIHATIN

Setelah lawatan tapak selesai dilakukan pada 28 Jun 2024 yang lalu, barang keperluan ataupun sumbangan mula dikumpul. Hebahan melalui poster serta perkongsian di media sosial membuahkan hasil apabila sumbangan berbentuk wang ringgit dan barangan keperluan diterima boleh dikatakan setiap hari. Warga di InQKA sendiri turut menyumbang pelbagai barangan yang telah dicadangkan senarainya oleh Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.

Read More
Alt Text

BENGKEL PEMANTAPAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) UiTM HORIZON BARU 4.0 Bil.1/2024

Bengkel Pemantapan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Bil. 1 /2024 telah diadakan pada 9 dan 10 Julai 2024 yang lalu di Bilik Seminar, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), UiTM Shah Alam.

Read More
Alt Text

SIMPOSIUM KECEMERLANGAN OPERASI (OE) 2024

Simposium Kecemerlangan Operasi (OE) 2024 Universiti Teknologi MARA dengan tema “Merintis Evolusi Kecemerlangan Global” anjuran Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Julai 2024 melalui saluran rasmi YouTube InQKA UiTM. Simposium OE 2024 UiTM ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat dalam membudayakan inisiatif penambahbaikan proses kerja bagi seluruh UiTM.

Read More
Alt Text

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CSR) InQKA PRIHATIN

Pada 20 Julai yang lalu, warga (InQKA) seramai 27 orang telah hadir ke Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia yang terletak di Semenyih, Selangor. Ianya bukan sekadar satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) semata-mata tetapi juga sebagai kesempatan untuk berhubung dengan komuniti luar pada peringkat individu mahupun organisasi.

Read More
Alt Text

SESI TAKLIMAT AUDIT PERTIMBANGAN PEMATUHAN STATUS SWAAKREDITASI UiTM

Pada 29 Julai 2024 yang lalu telah berlangsung Sesi Taklimat Audit Pertimbangan Pematuhan Status Swaakreditasi UiTM yang disampaikan oleh Naib Canselor UiTM.

Read More
Alt Text

UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan AGROMIND telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Johan Kategori Inovasi Sosial peringkat Universiti Awam ke-17 yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada 7-8 Ogos 2024.

Read More
Alt Text

MESYUARAT AUDIT PERTIMBANGAN PENGEKALAN STATUS SWAAKREDITASI UiTM

Pada 10 September 2024 telah berlangsung Mesyuarat Audit Pertimbangan Pengekalan Status Swaakreditasi UiTM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Professor

Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA di Bilik Sidang, Bangunan Canseleri, UiTM Shah Alam.

Read More
Alt Text

HARI MALAYSIA

Hari Malaysia iaitu setiap 16 September adalah hari yang disambut dengan penuh makna dan kebanggaan bagi setiap rakyat Malaysia. Mari kita bersatu padu dan terus memelihara keharmonian serta kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita disamping melahirkan generasi yang lebih berkualiti dan inovatif. 

Read More
Alt Text

UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA FINALIS ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC) 2024

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Bahagian/Unit/Pusat, Fakulti/Kolej Pengajian dan UiTM Cawangan yang telah berjaya sebagai Finalis Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2024.

Read More
Alt Text

LAWATAN PENANDA ARAS UNITEN

Pada 2 Oktober 2024, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada IPTS iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). 

 

Pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat InQKA UiTM ini bertujuan untuk berkongsi berkenaan amalan baik pelaksaaan kualiti di UiTM disamping bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan sistem pengurusan kualiti di universiti masing-masing. 

Read More
Alt Text

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK 2025

Pada 2 Oktober sehingga 4 Oktober, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik 2025. Bengkel yang diadakan setiap tahun ini dibahagikan kepada empat unit, yang masing-masing membincangkan aspek strategik untuk mencapai matlamat teras UiTM 2025. Berteraskan visi untuk menjadi Universiti Terkemuka Dunia (Globally Renowned University, GRU), InQKA percaya bahawa pelaksanaan strategi yang berfokus kepada kualiti akan membawa UiTM ke tahap yang lebih tinggi.

Read More
Alt Text

PEMBENTANGAN AKHIR ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC) 2024

Pada 4 November 2024 telah berlangsung Pembentangan Akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2024 bertempat di Dewan DK 500, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam anjuran Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA).

Read More
Alt Text

MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT PENGAUDITAN KEWANGAN INQKA 2022-2023

Pada 20 November 2024, telah berlangsung Mesyuarat Pembukaan Audit Pengauditan Kewangan InQKA 2022-2023 di bilik mesyuarat Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA). Kerja-kerja pengauditan berkaitan Pengurusan Kewangan telah pun dijalankan di InQKA bermula pada 18 November 2024 . Pengauditan ini merupakan salah satu daripada Rancangan Audit UiTM Tahun 2024.

Read More
Alt Text

TAKLIMAT PENULISAN ARTIKEL

Taklimat Penulisan Artikel Inovasi akan dijalankan pada 3 Disember 2024 (Selasa) bermula pada jam 9:30 pagi secara dalam talian melalui Webex. Taklimat ini akan disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr.-Ing Shahrul Azam Abdullah (Pengarah Pengurusan Kualiti, Inovasi, dan Kecemerlangan Operasi)

 

Read More
Alt Text

‘InQKA PRIHATIN: SOLIDARITI BANTUAN BANJIR’

‘InQKA Prihatin : Solidariti Bantuan Banjir ’

Pada 3 Disember 2024, InQKA telah menyahut inisiatif UiTM dibawah pusat tanggungjawab Akademi Pengajian Islam dan Kontemporari (ACIS) dan beberapa fakulti Bersama lebih 20 NGO untuk bersama-sama dalam misi solidariti bantuan banjir.

Read More
Alt Text

FOCUS VISIT AUDIT ISO 9001:2015 DARI LLYOD’S REGISTER QUALITY ASSURANCE (LRQA)

Tahniah kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam kerana telah berjaya memperoleh Audit Bersih pada Focus Visit Audit ISO 9001:2015 dari Llyod’s Register Quality Assurance (LRQA). Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku Sekretariat Pengurusan Kualiti Korporat UiTM telah menguruskan Focus Visit Audit ISO 9001:2015 yang diadakan pada 6 Disember 2024 (Jumaat) secara dalam talian melalui Microsoft Team. Sesi audit secara dalam talian ini diketuai oleh Auditor Lloyd’s Encik Too Hing Yew. 

Read More
Alt Text

MAJLIS KEMUNCAK BULAN INOVASI DAN KUALITI UITM 2024

Pada 24 Disember 2024 telah berlangsung sebuah majlis yang penuh bermakna dalam menghargai kreativiti, inovasi, dan kecemerlangan warga UiTM. Bertemakan Kelestarian Kualiti Melalui Transformasi Inovasi, majlis berprestij ini berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah bekerjasama dengan Fakulti Fakulti Pergigian selaku tuan rumah bagi menjayakan majlis ini.

Read More

Contact Us

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Aras 5, Kompleks Al-Farabi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Website Inquiry:
Webmaster: inqka@uitm.edu.my

Tel: +603-5543 5702
Fax: +603-5543 5721